Masjid Sultan Iskandar, Masjid Pelancongan Pertama Di Malaysia

December 20, 2019 - 02:04 PM


Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan. Pengistiharan ini diberikan selari dengan pengiktirafan MyTQA oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Pengiktirafan Masjid Sultan Iskandar ini menjadikan ia sebagai premis kedua yang diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO).

Selain tempat beribadat, Masjid Sultan Iskandar juga berperanan sebagai medium bagi menyampaikan fahaman syiar Islam selain memaparkan keindahan agama khususnya kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Bersempena dengan pengiktirafan sebagai masjid pelancongan, Masjid Sultan Iskandar turut menyediakan fasiliti galeri bagi mempamerkan bahan mengenai agama Islam selain mempunyai sebuah bilik teater bagi pengunjung untuk mendalami konsep  Islamiyah.

Menariknya di masjid ini, pengurusan masjid ini membariskan petugas masjid sebagai pemandu pelancong. Secara tidak langsung, ini memberikan pendedahan serta mewujudkan peluang interaksi dua hala antara pelancong dan pihak masjid.

Destination: