Mekah Bakal Miliki Pusat Beli Belah Terbesar 'Massar Mall' Menjelang 2026

January 07, 2022 - 06:06 PM


Siapa sangka di Tanah Suci selepas ini bukan sahaja terletaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadah Haji dan Umrah untuk masyarakat Islam seluruh dunia -- bahkan lebih mengejutkan Mekah bakal memiliki sebuah pusat beli-belah terbesar di Tanah Suci tersebut.

Mengikut laporan agensi berita Saudi pada 3 Januari lalu, pegawai di negara itu dikatakan telah memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah berkenaan yang diberi nama Massar Mall.

Perjanjian kerjasama bagi pembangunan Massar Mall melibatkan syarikat-syarikat tempatan, Umm Al-Qura bagi Syarikat Pembangunan dan Binaan, pemilik dan pelaksana projek serta Hamat Holding.



Kerja-kerja binaan dijangka selesai pada 2026 dengan jumlah pelaburan bernilai SR2.7 bilion (S$974 juta).

Perjanjian itu ditandatangani CEO Umm Al-Qura bagi Pembangunan dan Binaan, Yasser Abu Atiq dan pengerusi Hamat Holding, Saleh Al-Habib.


Pusat beli-belah itu meliputi tapak seluas 71,000 meter persegi dan akan menyediakan ruang beli-belah seluas lebih 130,000 meter persegi.

Pembangunan itu terletak di pintu masuk bahagian barat Massar, iaitu sebuah projek kebudayaan yang terletak di bahagian barat kota Makkah.

Pusat beli-belah itu menampilkan "banyak peralatan canggih, yang menggambarkan nilai tinggi pelaburan dan keunikan dalam industri hiburan dan membeli-belah di Arab Saudi," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: Berita MediaCorp Sg

Destination: