Memang Best Duduk Di Tapak Warisan Bung Jagoi Yang Berusia Lebih Dari 175 Tahun Ni
Korang pernah tak tidur di penempatan tapak warisan yang berusia lebih dari 175 tahun? Mesti tak pernah kan? Masyarakat Bidayuh yang duduk di sini menjadikan Bung Jagoi sebagai pusat pelancongan dengan pelbagai tawaran yang ada. Antaranya adalah homestay, yang dikelilingi oleh tanaman bunga-bunga cinta yang ditanam sendiri.
Lokasi Bung Jagoi terletak berhampiran dengan pasar minggu Serikin yang agak popular dengan jualan produk tempatan dan juga produk dari Indonesia. Yang paling menarik sekali, struktur bangunan yang ada di Bung Jagoi ni tidak berbuah lansung sejak dari kewujudannya. Dengan kata lain, bangunan dan formasi tersebut adalah dari 175 tahun yang lalu tau.
Cara Ke Bung Jagoi Heritage
Bung Jagoi terletak di atas bukit pada ketinggian 320m dari paras laut. Jadi pelancong perlu mendaki selama 45-90 minit. Jangan risau, pendakian dia tak susah, malah ada yang bertangga lagi. Cuma perlukan stamina yang lebih sedikit untuk naik ke atas.
Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti berkelah. Dan korang juga boleh menyaksikan persembahan yang disediakan oleh pihak Bung Jagoi sendiri. Memang meriah tau dekat sini.
Ada juga air terjun berhampiran dan korang boleh pergi mandi dan segarkan diri. Dan lokasi ni agak cantik guys, sangat sesuai untuk bawa pasangan korang untuk berdating. Malah ada juga tapak tinggalan sejarah dari zaman penjajahan Jepun dulu. Jadi bolehlah kita lihat serba sedikit macam mana zaman perang dengan Jepun dulu-dulu kan.
Untuk korang pergi ke sini, nak tahu harga dan ada persoalan lebih lanju, boleh hubungi En. Wadell di 014-8849694 atau layari Facebook page mereka, Boleh juga bertanya terus kepada tuan punya gambar di bawah:
B u n g J a g o i H e r i t a g e C e n t r e , B a u Mungkin sedar atau tidak, dalam perjalanan ke Serikin,...
Posted by Ismail Bin Roslan on Wednesday, July 29, 2020
Sumber: Ismail Bin Roslan