Memang Tak Puas Tidur 1 Malam Di Adeline Villa & Rest House Ni, Rasa Tak Nak Balik Je!

October 05, 2020 - 12:18 PM


Di Perak, Gopeng merupakan kawasan yang dipanggil sebagai daerah adventure oleh pengunjung. Ini kerana terdapat pelbagai pakej dan aktiviti di sini yang sesuai untuk mereka yang inginkan aktiviti lasak. Tapi kalau korang tanya orang tempatan kat mana nak duduk kalau datang Gopeng, mesti kebanyakannya akan suggest, Adeline Villa & Rest House.

Ia merupakan salah satu resort yang tertua di Gopeng, tapi nampaknya ramai pelancong yang masih lagi tak tahu mengenai resort ini.

Kalau korang tengok design Adeline Villa ni, dia ala-ala design rumah kampung tetapi dalamannya memang moden dan sangat selesa untuk didiami.

 

Cara Pergi Ke Villa Adeline

Pick Up Service: Pengunjung boleh menggunakan pick up dan drop off service yang disediakan. Kena telefon dan tempah dengan lebih awal, korang cuma perlu letakkan kereta di Bandar Gopeng. Harga untuk setiap trip hanya RM10 sahaja.

Kereta: Kalau nak mudah dan lebih cepat, pakai kereta saja. Sebab jarak dari bandar Ipoh pun dalam setengah jam je. Kalau datang dari KL memang jauh sikit la dalam 2 jam.

 

Jenis Penginapan Yang Korang Boleh Pilih

Terdapat dua jenis penginapan yang ada di sini:

Villas – Chalet pelbagai saiz yang disediakan mengikut keperluan korang. Twin sharing bermakna korang boleh duduk 2 orang dalam satu bilik. Manakala multi sharing pula boleh muat sehingga 8 orang dalam satu bilik.

Rest House – Lebih kurang macam dorm punya style tapi mewah. Yang mengejutkan, boleh muat sampai 40 orang tau dalam ni! Kalau korang nak buat company retreat atau reunion ke, boleh pilih rest house berbanding villa.

 

Makanan Turut Disediakan Guys!

Bila korang duduk di sini, hidangan sarapan pagi, tengahari dan malam turut disediakan dan dimasak oleh pengurus resort ini sendiri iaitu Madam Adeline! Dan buat pengunjung Muslim, makanan di sini memang sudah mendapat kelulusan halal dari Jabatan Agama Islam di Perak. Memang tiada lansung makanan tidak halal dan minuman alcohol yang dijual di sini.

 

Aktiviti-Aktiviti Yang Korang Boleh Buat Di Sini

Memang tak sah lah kalau korang datang Gopeng, Perak, tapi tak buat satu pun aktiviti lasak. Di sini terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan dan salah satunya adalah Whitewater Rafting. Jangan takut nak cuba, kerana terdapat 3 level yang korang boleh pilih mengikut pengalaman masing-masing.

Dah seronok mandi air, apa kata korang berjalan-jalan pula di hutan yang dikelilingi oleh hidupan flora dan fauna yang sangat mengagumkan. Dan ada juga aktiviti abseiling waterfall yang korang boleh cuba, yang penting dengar cakap guide tu okay? Selain tu, kalau korang nak pergi naik ATV di kawasan air terjun pun boleh tau.

Macam yang korang tahu, gua batu kapur memang terkenal di negeri Perak dan korang juga boleh pergi cave diving di Gua Tempurung. Bukan tu je, ada banyak lagi aktiviti seperti jungle trekking, Raflessia Trekking, hiking Bukit Batu Putih, main golf, dan river boarding. 

Korang boleh bayar extra untuk aktiviti-aktiviti ni atau tempah package bermalam yang didatangi bersama aktiviti yang ada.

Yang paling best, korang boleh makan durian di sini! Bagi peminat durian tu, korang makan la sampai pengsan okay? Memang kenyang perut.

 

Nak Tahu Lebih Lanjut Dan Buat Tempahan?

Korang semua boleh membuat tempahan dengan menelefon pejabat mereka di nombor +605-359 2833. Boleh juga pergi ke laman web rasmi mereka di sini, atau contact melalui email di [email protected] .

Jadi jangan tunggu lagi, boleh buat tempahan sekarang dan enjoy cuti korang!

 

 

Destination: