Min House Camp - Lokasi Tarikan Pelancong Tempatan Dan Antarabangsa Di Kelantan

November 09, 2020 - 11:08 AM


Min House Camp merupakan satu lokasi yang sangat terkenal di Kelantan. Ianya terletak sejauh enam kilometer dari bandar Kota Bharu dan menawarkan pengalaman unik kepada mereka yang berkunjung di sini. Min House Camp menawarkan penginapan rumah atau dorm yang mempunyai dapur lengkap dan juga aircond. Terletak bersebelahan sungai dan dikelilingi flora dan fauna, lokasi ini menjadi pilihan orang ramai.

Kalau korang nak merasai suasana kampung dan lari seketika dari kesibukan bandar dan bunyi bising di sana, datang la ke Min House Camp ni. Hutan di sekeliling lokasi ini menempatkan lebih daripada 40 spesies burung, 20 spesies rama-rama, dan haiwan-haiwan lain. Tak cukup dengan keindahan sekeliling, kemudahan di Min House Camp kebanyakannya diperbuat daripada bahan yang berasaskan kayu dan buluh.

Korang boleh buat macam-macam aktiviti yang ada di sekitar lokasi ini. Antara aktiviti menarik yang korang boleh cuba adalah berkayak, river cruise untuk tengok kelip-kelip pada waktu malam, melawat petting zoo, memancing, dan belajar pertanian organik. Malah korang juga boleh lihat persembahan seperti wayang kulit dan dikir barat di sini.

Min House Camp sangat terkenal dengan lokasinya yang mesra OKU. Kebanyakan kemudahan di sini diletakkan bagi memudahkan OKU guna dan boleh dilalui menggunakan kerusi roda. Ia juga terletak 2km dari Hospital Universiti Sains Malaysia. Jadi korang tak perlu risau kalau ada emergency apa-apa. Dekat je dengan hospital. 

Kalau korang nak tahu, Min House Camp ni banyak terima anugerah di peringkat Malaysia dan Asia tau. Kalau korang ragu-ragu lagi dengan lokasi ni, tak tahu la nak kata apa lagi. Makanan dia pun sedap-sedap dan sering dipuji oleh pelancong tempatan dan juga luar negara. Malah ada yang datang sini hanya untuk makan je, memang sedap guys!

Jadi kalau korang ada plan nak berjalan-jalan atau sekadar mencari tempat untuk menenangkan diri, Min House Camp merupakan lokasi pilihan terbaik untuk korang di luar sana. Dan macam biasa, jangan lupa jaga SOP dan penjarakan sosial. Pakai penutup muka okay. Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi dan media sosial mereka di bawah:

Laman Web ǀ Facebook

Destination: