Nak Merasa Salji, Kita Ke Johor Ajelah Selepas Ini

January 21, 2020 - 04:12 PM


Taman Tema Hiburan Salji yang pertama di Johor Bahru telah dibuka di Danga Bay, lebih tepat di Beletime Danga Bay dan ini bermaksud; anda semua ada satu lagi alasan kukuh untuk ajak keluarga bercuti ke Johor (selain tujuan utama untuk ke JPO!).

Photo: @loveyoyomalaysia (Website)

LoveYoYo Fun World di Beletime Danga Bay merupakan taman tema hiburan salji yang pertama di Johor dan jika tak salah, ianya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Terletak di dalam Beletime Danga Bay, LoveYoYo mempunyai 7 tarikan yang bakal menjanjikan kepuasan untuk seisi keluarga. Dengar cerita, harga pun tidaklah mahal sangat.

Terbahagi kepada 7 bahagian utama, taman hiburan ini bukan sahaja mempunyai tarikan untuk kanak – kanak dan juga ibu bapa selain kawasan yang luas dan semestinya menyeronokkan untuk anak – anak. Antara kawasan yang ada ialah Big Playground, New Music Education Module, Wave Balls dan Happy Sand Pool! Maknanya, anak – anak boleh bebas bermain pasir dalam keadaan dan persekitaran yang selesa dan selamat.

Tarikan utama semestinya Snow House yang semestinya menjadi tumpuan ramai dan sekiranya dahaga dan lapar, boleh singgah di Cafe buku yang disediakan yang mana boleh digunakan sebagai penarik minat anak – anak terhadap buku.

Selepas ini, kalau ke Johor Bahru tu, singgah – singgah la di LoveYoYo Fun World ni nanti. Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Photo: @seketulputeri (Twitter)

Alamat : G90, Beletime Danga Bay Danga, 80200 Johor Bahru

Destination: