Padi House - Tak Boleh Makan Di Kedai? Jangan Risau, Makan Dalam Kereta Je!

February 08, 2021 - 12:33 PM


Malaysia sekarang sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Januari yang lalu dan kebanyakan kedai makan agak terkesan dengan bilangan pelanggan yang semakin berkurangan. Namun begitu, Padi House mengambil kesempatan dengan mengetengahkan idea baru iaitu makan di dalam kereta. Memang satu pengalaman unik yang hanya boleh dibuat pada waktu PKP.

Korang boleh makan di restoran Padi House di tempat letak kereta. Sebelum masuk korang akan di-scan terlebih dahulu dan mengambil bacaan suhu mengikut SOP. Kemudiannya pelayang yang memakai penutup muka dan sarung tangan akan datang ke kereta untuk memberi menu kepada pelanggan. Dari situ korang boleh pilih menu apa yang korang nak.

Tapi kalau korang tak nak tunggu lama, korang boleh order awal-awal sebelum datang ke kedia ini. Korang boleh membuat pembayaran secara online seperti QR Pay dan e-wallet. Tapi kalau nak guna cash pun boleh je. Kemudian makanan korang akan dihantar bersama dengan meja yang boleh dilekatkan di bahagian stereng kereta. Memang rasa premium juga la makan di sini. 

Menurut Padi House, inisiatif ini diambil bagi memastikan pekerja mereka mempunyai kerja ketika PKP ini. Dan mereka akan terus mencari jalan untuk survive dalam keadaan sekarang ini sambil memastikan tiada penyebaran virus berlaku. Korang juga boleh order makanan dari Tokio Cafe sekiranya ingin makan makanan Jepun. Jadi kalau korang rindu dengan pengalaman makan di kedai atau nak cuba sesuatu yang baru, boleh pergi ke Padi House. 

Alamat: Padi House and Tokio Kafe, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Facebook

 

Destination: