'Paramount Pictures', Syarikat Filem Antarabangsa Bakal Bina Taman Tema Terbesar Asia Tenggara Di Bali

July 22, 2021 - 05:08 PM


Bali cukup terkenal dengan destinasi paling banyak pelancong kunjungi dari serata dunia. Bali  cukup menarik melalui keindahan semula jadi gunung berapi yang menjulang dan sawah bertingkat yang memancarkan kedamaian dan ketenangan.

Tidak lama lagi Bali bakal menjadi rumah kepada taman tema terbesar di Asia Tenggara, setelah perjanjian yang dilaporkan antara Paramount Pictures dan sebuah syarikat Indonesia untuk memulai perkembangan di kabupaten Jembrana.

Kalau korang pernah menonton filem seperti Mission Impossible, Star Trek dan The Godfather, merupakan filem terkenal pembikinan dari produksi syarikat antarabangsa tersebut.

Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Rakyat (MPR), Speaker Bambang Soesatyo mengatakan bahawa pembangunan yang dicadangkan akan membantu meningkatkan ekonomi pasca-pandemik Bali sejak wabak Covid 19.
 
"Perkembangan taman tema Paramount akan memperkuat kedudukan Bali sebagai pusat rekreasi dan hiburan untuk warga dunia," kata beliau.

Dijangka bakal beroperasi pada tahun 2025, taman tema akan terletak di Pekutatan, Jembrana, mengikut kenyataan.

Projek taman tema ini kini banyak dilaporkan oleh media tempatan, dan walaupun Paramount Pictures mempunyai bahagian Paramount Parks & Resorts, mereka belum mengeluarkan pernyataan mengenai projek Indonesia ini pada saat penerbitan.

Semakin seronok lah lepas ni kalau kunjungi ke Bali. Dah banyak aktiviti buat kat sana. Bali jugak selepas ini bukan beshe-beshe. Sesiapa yang minat ekstrem, boleh datang ke Bali setelah habisnya pandemik.

Sumber: The Verst, Coconut

Destination: