'Pas Keluarga Malaysia' : Hanya RM15 Jalan Pusing KL Tanpa Had Untuk 4 Sekeluarga
Bermula 1 Disember ini, jika anda ingin membawa 4 sekeluarga berjalan pusing-pusing ibu kota Kuala Lumpur pada hujung atau cuti umum -- anda boleh menikmatinya dengan kos perjalanan yang lebih jimat menaiki tren dan bas sahaja.
Ini kerana hanya dengan menggunakan 'Pas Keluarga Malaysia' yang berharga RM15, anda sudah boleh membawa seluruh keluarga anda seramai 4 orang melakukan perjalanan tanpa had.
Atau dalam erti kata lain, anda boleh berjalan-jalan menggunakan LRT, MRT, monorel dan bas kendalian Rapid KL sehari suntuk tanpa had masa, pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Best, kan!
Pengenalan Pas Keluarga Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Ini bermakna setiap pengguna dalam kumpulan terdiri empat orang hanya perlu membayar RM3.75 untuk perjalanan tanpa had bagi kemudahan tren dan bas."
"Ini membolahkan keluarga Malaysia menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang, sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam," katanya.
P/S: Makin seronok la cuti sekolah nanti boleh bawa anak-anak tengok KLCC, pergi Aquaria dan shopping kat Jalan TAR!
Sumber: Mstar