Pavilion Dihiasi Dengan Alpaca Dan Penguin Yang Memukau!

November 17, 2021 - 04:33 PM


Pavilion dikenali sebagai salah satu pusat beli-belah dengan hiasan yang cukup wow pada setiap kali suatu perayaan. Macam biasa, menjelang hujung tahun Pavilion sekali lagi memukau para pengunjung dengan hiasan sempena Hari Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi!

Kali ini, hasil kerjasama bersama Coach, menghiasi pintu masuk utama Pavilion! Sememangnya memberi vibe ala ala menyambut krismas di New York City! Kalau kita putarkan masa balik sebelum ini Pavilion pernah membuat pertunjukan Seladang Emas 3D semasa Tahun Baru Cina dan juga Rexy iaitu Dinasaur dari Coach muncul di skrin gergasi di sana.

Kali ini, musim holiday coach yang diberi nama "Give A Little Love" membawa tema buat pengunjung untuk meraikan magis musim perayaan! Macam yang anda boleh lihat terdapat pelbagai jenis haiwan yang ditampilkan pada perhiasan kali ini.

 

Ada alpaca, penguin, beruang dan bermacam lagi haiwan comel yang memikat hati!

 

Sumber: WorldofBuzz

Sumber Gambar: Coach Malaysia

Destination: