Peh! Rumah Banglo Dekat Cheras Ni Ada Kapal Terbang!
Korang dah biasa tengok anjung kereta dekat rumah berbumbungkan sengkuap, atap kayu, atap kaca, dan juga atap zink kan? Haa, siapa sangka dekat Cheras ada sebuah rumah yang anjung kereta dia berbumbungkan kapal terbang! Bukan kapal terbang tipu-tipu tau, ini kapal terbang real punya.
Bagi korang yang duduk di kawasan Cheras, ataupun yang biasa lalu kawasan ni, mesti korang tak akan terlepas daripada rumah berkapal terbang ni yang terletak betul-betul di jalan utama di Taman Connaught, Cheras menghala naik ke Alam Damai.
Tapi, kapal terbang jenis propellor atau kapal terbang yang menggunakan kipas dibahagian hadapan ini bukan hiasan semata-mata, ada kisah nostalgik yang diceritakan sendiri oleh tuan rumah banglo ni.
Menurut cerita yang diceritakan isteri pemilik rumah tersebut, tuan rumah ni telah melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya, tapi dia tak pernah mengalah, dan antara impian yang sudah lama dia impikan adalah untuk memiliki sebuah kapal terbang miliknya sendiri.
Selepas berkerja keras dan menempah kejayaan dari segala susah payah, tuan rumah ini diberikan peluang untuk membeli sebuah kapal terbang propellor dari sebuah lapangan terbang lama, yang dia kemudian letakkan di rumahnya sebagai tanda kejayaan, serta peringatan kepada susah payah kehidupannya.
Menurut jiran tetangga dorang, kapal terbang ni dah berada di rumah banglo ini sejak 30 tahun lepas, dan penghuni rumah yang sama masih lagi menetap di rumah tersebut.