Pelbagai Aktiviti Fun Gila Menanti Anda Di Xploria Gamuda Gardens

November 12, 2021 - 12:37 PM


1. Crazy Go Kart

Nak fefeeling Toretto macam dalam movie Fast & Furious, korang boleh berlumba dengan family atau geng korang di Crazy Go Kart! Yang bestnya aktiviti ini sesuai untuk setiap lapisan umur!

Waktu Operasi:

Hujung Minggu (Jumaat- Ahad) dibuka dari pukul10 pagi sehingga 6 petang (rehat 1 tengah hari- 2)

2. Donut Boat Ride

Nikmati satu permandangan panaromaik melusuri tasik yang terbentang luas dengan Donut Boat Ride! Jadi memori dating yang pertama pun manis juga ni guys!

Rate Type Harga Tempoh Masa
Published Rates RM35 (Per Couple), RM10 additional per person 25 Min
GL Friends RM31.50 (Per Couple), RM9 additional per person

Waktu Operasi:

Hujung Minggu (Jumaat- Ahad) dibuka dari pukul10 pagi sehingga 6 petang (rehat 1 tengah hari- 2)

3. Horseback Riding

Khas untuk korang yang sukakan aktiviti yang mencabar, korang boleh ,menunggang kuda sejauh 1.5 km laluan hutan ditemani pakar 3Q Equestrian Centre! Hanya dicaj RM 180 per person untuk 40 min punya ride melalui Garden Hills.

Nature Trail Horse Ride
Harga Tempoh Sesi
RM180/per person 40 minutes trail ride
at Gardens Hills
Sesi 1: 8.30am - 9.30am
Sesi 2: 9.30am - 10.30am
Sesi 3: 10.30am - 11.30am
Sesi 4: 3.30pm - 4:30pm
Sesi 5: 4.30pm - 5:30pm
Sesi 6: 5.30pm - 6:30pm

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi 017 255 9143.

4. Big Bucket Splash

Suka mandi manda di taman tema? Big Bucket Splash memang sesuai sangat untuk dinikmati bersama keluarga! Terdapat 4 slides yang gempak, kolam cetek yang sesuai untuk anak kecil, pistol air dan bermacam lagu!

Kanak-kanak RM36 (MyKAD), RM48 (Non-MyKAD) Sesi 1: 10am - 1pm
Sesi 2: 2pm - 5pm
Dewasa RM10 (MyKAD), RM24 (Non-MyKAD)

Setiap sesi ada limit untuk 100 pax sahaja, jadi korang perlu hubungi  03-6087 0469 untuk tempahan atau boleh klik the Big Bucket Splash website.

Waktu Operasi:

Setiap hari (kecuali Khamis): 10 pagi hingga 1 tengah hari; 2 hingga 5 petang

5. Stand Up Paddle

Ini pun salah satu aktiviti yang mencabar dan unik, mendayung sambil berdiri dan menikmati permandangan air terjun yang cukup memukau dan ditemani suasana matahari terbenam di Gamuda Gardens Central Park lake.

Harga Tempoh Masa Sesi
RM98/seorang 2 hours Sesi 1: 8:00am - 10:00am
Sesi 2: 10:30am - 12:30pm
Sesi 3: 4:00pm - 6:00pm

Waktu Operasi:

Setiap Hari Sabtu dan Ahad, hanya tempahan awal

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 016 202 2331 / 012 392 6238 atau klik www.outdoorgate.asia.

6. Adventure Playland

Terletak di tengah Central Park, Adventure Playland yang dipenuhi gelongsor dan buaian yang menyeronokkan! Selain tarikan untuk kanak-kanak, taman permainan ini juga sesuai untuk dewasa di mana korang boleh bermain zipline dan rock climbing yang menerujakan!

Waktu Operasi:

Setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam

7. Paws Playland

Paws Playland adalah satu ruang khas untuk tuan-tuan haiwan peliharaan untuk melepaskan haiwan belaan kesayangan korang bermain secara bebas! Terdapat beberapa peralatan untuk yang nak train pet korang jugak tau! Selain itu, ruang khas ini juga boleh ditempah untuk menjadi lokasi untuk sesuatu majlis macam birthday celebration dan sebagainya.

Waktu Operasi:

Setiap hari bermula 8 pagi sehingga 10 malam

 

Destination: