Penat Dengan Kesibukan Bandar? Jom Pergi Rumah Kebun Dan Tenangkan Jiwa

TARIKAN
September 10, 2020 - 04:54 PM


Sejak sebulan dua ni, rasa macam makin banyak kereta yang ada atas jalanraya. Nak pergi kerja, balik kerja, memang stuck dalam traffic la jawabnya. Rasa stress betul, dengan bau asap lagi, udara kotor dekat bandar ni, sakit kepala kan? Rileklah….. Ni min nak kongsi satu lokasi menarik dekat korang, memang best dan boleh menenangkan jiwa.

Rumah Kebun adalah satu lokasi percutian yang berada di Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Lokasi ini terletak di atas tanah seluas 2 ½ ekar dan jaraknya dari bandar Kuala Lumpur hanyalah 28 kilometer sahaja. Tengoklah gambar-gambar rumah kebun ni, dikelilingi oleh kehijauan pokok, bunga pelbagai warna, dan tumbuhan semula jadi boleh menenangkan hati yang resah. Memang badan dan otak korang akan refresh balik bila duduk sini.

Rumah Kebun menggunakan tema minimalistik dan kedesaan yang memberikan feeling seolah-olah korang berada di outdoor walaupun korang berada di dalam rumah. Ia juga menggunakan konsep dapur terbuka di mana korang boleh bersembang sambil menyediakan makanan. Kemudahan memasak memang lengkap, semua ada. Dan fasiliti seperti bbq pit dan meja makan di luar pun ada tau. Tapi makanan dan barang masak kena bawa sendiri ya.

Dan tarikan yang paling menarik sekali adalah kolam renang mereka. Kolam mereka menggunakan air sungai yang mengalir dari Sungai Semungkis. Memang fresh bila terjun dalam tu. Bukan tu je, kalau rasa tak puas berenang dalam kolam, korang boleh pergi ke air terjun yang berdekatan.

Boleh juga pergi beri makan kepada kambing dan ayam kampung yang ada di sana. Mana tahu korang nak feeling-feeling kebun lifestyle kan, boleh la merasa kejap. Dengan kata lain, lokasi ni sesuai untuk mereka yang inginkan suasana kampung yang aman dan tenang.  

Harga untuk Rumah Kebun ni termasuk kesemua villa tau. Jadi tak ada lah mahal sangat kalau korang datang beramai-ramai dan split the bill. Korang perlu membayar deposit sebanyak RM 500 untuk booking ya.

Hari Minggu

2 Hari 1 Malam = RM 1,500

3 Hari 2 Malam = RM 2,000

Hujung Minggu & Cuti

2 Hari 1 Malam = RM 2,500

3 Hari 2 Malam = RM 3,200

Akhir sekali, silalah jaga kebersihan di tempat tu. Bukan apa, air dalam kolam tu datangnya dari sungai berdekatan. Kalau korang buang sampah merata-rata dah tercemar sungai tu. Kan tak best untuk pengunjung lain. Tong sampah ada banyak dalam kawasan Rumah Kebun ni, jadi jangan buang merata-rata okay?

Untuk maklumat lebih lanjut, korang bolehlah layari Facebook Rumah Kebun. Dah jangan stress sangat, book tempat ni dan tenangkan diri korang. Have fun!

Destination: