Perak Agrotourism Resort Bakal Wujudkan "Petting Zoo" Terbesar Di Malaysia

September 30, 2020 - 11:16 AM


Perak Agrotourism Resort (PATRO) akan membangunkan zoo haiwan jinak (petting zoo) terbesar di Malaysia pada Oktober ini dalam usaha meningkatkan kehadiran pelawat ke destinasi pelancongan tersebut.

Zoo tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan, akan dibina di atas kawasan seluas empat hektar di Sungai Galah dengan kos RM5 juta, menampilkan kombinasi tiga elemen - haiwan, tumbuhan dan alam semula jadi. 

Pengarah Eksekutif PATRO Mohd Radzuan Abdul Karim berkata petting zoo itu terhasil daripada cetusan idea Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) apabila beliau membentangkan kertas kerja untuk penjenamaan semula PATRO yang ditutup sebelum ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PATRO sebelum ini ditutup buat sementara waktu sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lepas akibat penularan COVID-19.

Dengan pembukaan semula pusat pelancongan berkenaan, pengunjung ditawarkan dengan diskaun menarik hingga 50 peratus untuk bercuti ke situ.

Potongan harga tersebut yang ditawarkan hingga Disember ini meliputi tempat penginapan dan juga aktiviti seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), kayak, jet ski, 'paddle boat', basikal dan berkuda.

Jadi korang yang memang minat dan penggemar aktiviti lasak tunggu apa lagi mohlee kita ke Perak dan enjoy percutian kat sana!

PERAK AGROTOURISM RESORT

ALAMAT: Patro Sungai Galah, PT 59134, Jalan Kampung Tangkai Cermin, Sungai Galah, 31800 Tanjung Tualang, Perak.

NO TEL: 013-381 0471

FACEBOOK: PATRO PERAK

Sumber: Bernama

Destination: