Perkampungan Kubu Di Maghribi Harap Menjadi Tarikan Peminat Game Of Thrones

February 21, 2020 - 05:00 PM


Sebuah perkampungan di Maghribi atau nama Inggerisnya Morocco, Ait-Ben-Haddou merupakan sebuah perkampungan yang sangat terkenal dan sering dijadikan lokasi penggambaran filem. Antara filem yang pernah menjadikan kampung ini sebagai salah satu lokasi mereka ialah Gladiator dan The Mummy.

Terbaru, sekali lagi perkampungan ini menjadi pilihan lokasi rakaman filem dan kali ini, ia merupakan siri yang sedang meningkat naik di HBO iaitu Game Of Thrones (GOT).

Tidak seperti lokasi penggambaran lain, Ait – Ben – Haddou yang turut mempunyai status warisan dunia UNESCO ini tidak selalu dilawati dan mungkin kurang terkenal berbanding lokasi – lokasi lain seperti Dubrovnik di Croatia yang menjadi tumpuan ramai selepas dipertontonkan dalam GOT.

Menurut pemandu pelancong tempatan, ada beberapa pelancong tahu akan kewujudan lokasi kubu yang terletak di selatan Maghribi ini.

Kubu ini terletak tidak jauh dari Ouarzazate, sebuah lagi lokasi ‘kegemaran’ produksi perfileman dan antara babak yang difilemkan disini ialah ia dijadikan ‘Yellow City of Yunkai’ yang telah ditawan oleh Daenerys Targaryen. Watak penting dalam siri GOT.

Jadi, peminat GOT, selepas ini bolehlah ke Maghribi dan tinggalkan ‘hype’ Dubrovnik atau lokasi lain yang khabarnya semakin hari semakin padat dengan kehadiran pelancong.

 

Destination: