Permaisuri Zarith Sofiah Opera House Tarikan Baharu Jika Anda Ke JB!

January 22, 2020 - 11:49 AM


Bagi korang yang suka melancong untuk menikmati seni dan budaya unik pelbagai masyarakat dunia, mungkin Johor Bahru boleh dimasukkan ke dalam senarai lokasi percutian korang.

Ini kerana bandar itu kini telah memiliki satu lagi tarikan pelancongan baharu iaitu "Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" yang dibuka secara rasmi beberapa hari lalu (19 Januari 2020).

Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi dan siap dibina pada tahun lepas itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri "premium" seperti muzikal, orkestra mahupun balet.

Dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda juga turut memperkenankan panggung opera berkenaan diberi nama bersempena Permaisuri Raja Zarith Sofiah.

Panggung opera itu terletak di sebelah R&F Mall Tanjung Puteri, JB.

Kredit Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 

Destination: