Pesta Buku Big Bad Wolf Bermula Pada 1 April - 12 April Dan Menawarkan Diskaun Sehingga 99%

April 01, 2021 - 05:42 PM


Untuk korang yang tak tahu, Big Bad Wolf merupakan salah satu pesta buku terbesar di Malaysia. Kebanyakan peminat buku akan datang ke event ini untuk membeli buku kegemaran mereka pada harga yang jauh lebih murah berbanding kedai. Dan pada tahun ini, pesta tersebut diadakan di Johor Bahru di dalam Toppen Shopping Centre dan juga AEON Mall Bandar Dato' Onn.

Kali terakhir pesta ini dilancarkan di Johor adalah pada tahun 2019, jadi tidak hairanlah ramai yang melonjak kegembiraan apabila mereka kembali ke negeri tersebut. Pesta ini akan berlansung selama 12 hari bermula pada hari ini 1 April 2021 hingga 12 April 2021. Korang boleh masuk secara percuma setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam ya.

Yang paling best kali ini adalah diskaun yang diberikan iaitu sebanyak 99% guys! Gila betul harga tu. Dengan pilihan lebih dari 60,000 buah buku, korang pilih je apa yang korang nak. Oh ya, di Big Bad Wolf ni, bukan sekadar jual novel dan buku ilmiah tau. Buku komik dan novel grafik pun ada dijual juga. So jangan lepaskan peluang korang la ya, first come first serve.

So kalau korang peminat novel dan juga komik, bolehlah singgah ke Big Bad Wolf 2021 di Johor ni. Disebabkan sekarang ni masih lagi tak boleh rentas negeri, yang duduk di Johor sahaja la berpeluang datang ke event ni. Yang lain tu jangan sedih, min yakin mereka akan pergi ke negeri korang juga pada masa akan datang. 

Alamat: Toppen Shopping Centre & AEON Mall Bandar Dato’ Onn

Laman Web I Facebook