Pesta Pulau Pinang Kembali Lagi, Jangan Lupa 1-31 Dis Ini!

November 27, 2019 - 05:12 PM


Tidak lengkap rasanya jika bercuti ke Pulau Mutiara tanpa mengunjungi Pesta Pulau Pinang yang diadakan setiap tahun dengan sangat meriah!

Anda tahu tak bahawa tahun ini merupakan kali ke-53 penganjuran Pesta Pulau Pinang yang berkonsepkan kekeluargaan serta masih tetap mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pelbagai pengisian menarik telah disusun sepanjang pesta itu yang bakal berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dari 1 hingga 31 Disember ini & bermula pukul 6 petang hingga 11 malam, setiap hari.

Jika singgah ke sini pastikan anda bersedia untuk meneroka tapak pesta yang luas dan jangan lepaskan peluang bagi mencuba sendiri bermacam aktiviti yang disediakan antaranya : pesta buku, pertunjukan kucing, pameran flora dan fauna, pameran kereta, persembahan hiburan daripada artis-artis tempatan.

Jangan lupa juga untuk berpakaian menarik bagi mengambil gambar Instagram berberlatar belakangkan lampu berwarna-warni di Taman Bunga LED!

Sudah tentu, anda juga akan rugi jika melepaskan peluang menaiki roda Ferris yang cukup mengujakan serta beberapa lagi permainan menarik lain.

Selain bergembira bersama keluarga, anda juga boleh membeli pelbagai barangan seperti pakaian, perhiasan, produk kesihatan, kosmetik, kraftangan dan sebagainya daripada ratusan gerai peniaga yang menawarkan harga borong dan murah kepada para pengunjung.

Bab makan anda tidak perlu risau kerana banyak makanan dan minuman yang dijual berkonsepkan food truck.

Jadi jangan lupa tandakan kalendar anda dan habiskan masa cuti persekolahan di hujung tahun ini bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan ke Pulau Pinang!

Acara: PESTA PULAU PINANG 

Lokasi: TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

Tarikh: 1 HINGGA 31 DISEMBER 2019

Masa: DIBUKA SETIAP HARI (6 PETANG - 11 MALAM)

Kredit Foto : Drone Aerial