Peti Besi Bank Dijadikan Kedai Buku, Ini Destinasi ‘Tersembunyi’ Di Ipoh

November 07, 2019 - 11:48 AM


Melangkah masuk ke BookXcess Ipoh, keadaan agak sempit, tiada pilihan buku yang banyak dan terasa tiada apa yang menarik, tidak seperti outlet mereka di Setia Alam yang viral semenjak dua menjak ini.

Tetapi, ternyata kesemua bisikan-bisikan tadi hilang selepas menjumpai tangga untuk ke tingkat bawah bangunan yang terletak di Kong Heng Square, Ipoh ini.

Tingkat bawah BookXcess Ipoh ni sebenarnya adalah peti besi sebuah bank!

Difahamkan, peti besi ini telah berada di sini sejak tahun 80-an lagi dan ia adalah kepunyaan United Asian Bank dan dikhabarkan bank ini merupakan bank yang paling sibuk semasa ia masih beroperasi di Ipoh dan pada zaman tersebut.

Reka bentuk binaan asal bank dikekalkan selain mengekalkan kemasan dalaman seperti jubin lantai, bentuk asal dan paling menarik peti besi klasik yang ada di tingkat bawah bangunan ini. Perkara yang membuatkan ia adalah sangat ‘rare’ kerana peti besi dan bilik kebal ini adalah unit yang asal (bukan replika).

Selain kisah sejarah bank yang ditukar menjadi sebuah kedai buku ini, ditingkat bawah BookXcess Ipoh juga terdapat sebuah muzium mini bagi memaparkan karya – karya seni Yasmin Ahmad yang dikenali sebagai Yasmin At Kong Heng.

Disini, terdapat gambar – gambar yang diambil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad juga beberapa ‘quotes’ yang sering beliau gunakan. Tayangan filem – filem beliau seperti Sepet, Gubra dan lain – lain juga sentiasa dipertontonkan selain iklan -iklan Petronas yang diarahkan oleh beliau.

Oh iye, komputer kegunaan Yasmin juga ada dipamerkan disini. Nilainya agak estetik kerana disinilah beliau menyimpan idea – idea serta salinan skrip filem seperti Sepet dan sebagainya.

Menarik kan?

Kalau anda ada rancangan ke Ipoh, singgahlah di BookXcess Kong Heng ni.

Alamat : 91, Jalan Sultan Yusuf (Belfield Street), Ipoh

Waktu Operasi : 9 Pagi – 10 malam (Kedai) | Yasmin at Kong Heng dibuka hingga jam 4

Destination: