Plan Untuk Bercuti di Port Dickson? Jom Ajak Family Korang Tawan Bukit Batu Putih!

March 28, 2021 - 01:24 AM


Bosan asyik mandi laut sahaja ketika berkunjung ke Port Dickson? Apa kata korang ajak keluarga keluarkan peluh pula di Bukit Batu Putih! Bukit Batu Putih merupakan sebuah lokasi hiking yang sudah tidak asing lagi di Port Dickson.

 

Ianya terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan mempunyai laluan sepanjang 4.2 kilometer. Bagi korang yang baru mula-mula untuk mencuba hiking, Bukit Batu Putih merupakan salah satu lokasi yang terbaik untuk korang! Bukit Batu Putih sememangnya terkenal dengan laluannya yang mudah dan amat sesuai untuk diterokai oleh seisi keluarga terutamanya bagi ‘beginner’.

Bagi mereka yang sudah biasa hiking, percayalah yang mereka ini hanya akan memerlukan 20 minit sahaja untuk sampai ke puncak Bukit Batu Putih. Menariknya, Bukit Batu Putih ini mempunyai dua laluan; laluan hutan dan juga laluan laut. Dikatakan, laluan laut mengambil masa yang sedikit lebih berbanding laluan hutan.

Oleh itu, rata-rata pengunjung yang mendaki bukit ini memilih laluan hutan. Selain laluannya yang mudah, korang juga akan dihidangkan dengan pemandangan cantik laut biru dari atas bukit sebagai reward untuk korang yang berjaya tawan Bukit Batu Putih ini. Pasti cantik kalau selfie!

Destination: