Pudu Ria Florist - Beli Bunga Dan Pokok Hiasan Rumah Di Kedai Awesome Ini

March 29, 2021 - 08:57 PM


Nak cari kedai bunga untuk beri kepada pasangan korang tapi tak tahu nak beli di mana? Jangan risau, min faham kebanyakan kedai bunga memang mahal harganya. Tapi di Pudu Ria Florist yang terletak di Johor Bahru ni mempunyai pelbagai pilihan bunga pada harga yang berpatutan serendah RM1 tau. So kalau korang mencari jambakan bunga, boleh pilih di kedai ini.

Kedai ini mempunyai pelbagai pilihan bunga yang fresh seperti bunga ros, baby's breath, dan daisies. Seperti yang korang baca di atas, harga sejambak bunga yang paling murah adalah pada RM10 untuk 10 batang, sangat berbaloi kan?

Bukan tu je, selain bunga fresh korang juga boleh mencari bunga plastik untuk hiasan di dalam rumah korang. Dan terdapat pelbagai jenis aksesori seperti pasu bunga yang korang boleh pilih untuk mix and match dengan bunga yang korang nak. Tak tahu nak pilih bunga mana? Minta sahaja orang kedai tersebut memberi idea dan pandangan mereka. 

Pudu Ria Florist ni dah lama dibuka di bandar Kuala Lumpur sejak dari tahun 1999 lagi tau, dan baru sahaja membuka cawangan Johor Bahru ini pada tahun 2020. Jadi jangan malu-malu lagi, datang la ke kedai ini untuk membeli bunga buat pasangan tercinta korang. Pasti mereka cair dan menghargai hadiah bunga yang korang berikan.

Alamat: No 1&3, Jalan Permas 9/17, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

Facebook I Instagram

Destination: