'Pulau Nami Malaysia' Terus Diperindah Dengan Tambahan 1,600 Pokok Rhu
Salah satu destinasi wajib dikunjungi jika anda bercuti ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tentunya adalah Pantai Senok.
Pantai ini popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana kecantikan deretan pokok rhu pantai dan kayu putih seakan-akan seperti di Pulau Nami, Korea Selatan.
Jadi tidak hairanlah Pantai Senok yang terletak di Bachok ini popular dengan gelaran 'Pulau Nami Malaysia'!
Ketika ini, di Pantai Senok dihiasi dengan deretan 4,344 pokok rhu pantai atau Casuarina Equsetifolia dan kayu putih (Eucalyptus) yang ditanam di sepanjang pantai itu sejak 2009 di bawah Program Pemuliharaan Kawasan Pesisir Pantai negeri.
Bagi memperindahkan lagi kawasan tersebut, sebanyak 1,600 pkok rhu tambahan akan ditanam di sepanjang Pantai Senok.
Pokok-pokok itu adalah hasil sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk menjadi benteng daripada hakisan pantai serta meningkatkan lagi potensi Pantai Senok sebagai kawasan tarikan pelancong.
Menariknya, penanaman pokok itu juga dikatakan mampu mengurangkan 43,200 kilogram karbon setahun, sekali gus membantu alam sekitar melalui pembangunan pesisir pantai.
Sumber: Bernama