Rahsia Majoriti Orang Hunza Valley, Pakistan Boleh Hidup Lebih 100 Tahun

May 07, 2021 - 06:30 PM


Mesti ramai yang tak tahu tentang Hunza Valley yang terletak di Pakistan ni kan? Hunza Valley merupakan sebuah lembah bergunung-ganang yang terletak di daerah Gilgit-Balistan, Pakistan. Hunza terletak di bahagian utara Gilgit-Baltistan, bersempadan dengan Ghizer. 

Kawasan Hunza Valley ini sangat terkenal dengan penduduk dorang yang dapat hidup dengan sangat lama, dan kekal sihat tanpa sebarang penyakit. Ada yang kata, orang tua-tua dekat sini lebih kuat, dan gagah daripada orang muda di tenmpat lain. 

Jadi, apakah rahsia penduduk Hunza Valley boleh hidup lama, dan sihat macam tu? 

AIR CAIRAN GLASIER

Ketika seorang pelancong mengunjung ke Hunza Valley, mereka pelik apabila diberikan air minuman yang berwarna sedikit berbeza. Mereka yang pertama kali mengunjung ke kawasan Hunza akan beranggapan bahawa kawasan tersebut tidak menjaga kebersihan air mereka. 

Selepas itu, pelancong di sana perasan yang air tersebut diguna secara harian di Hunza, dan merupakan rahsia kepada kesihatan dan umur panjang penduduk di sana. Air tersebut merupakan air cairan glasier yang memang digunapakai di Hunza, sehingga menjadi topik kepada kajian-kajian yang ingin mengenal pasti kandungan air tersebut. 

Jadi, apa yang ada dalam air cairan glasier? 

  • Ion Hidrogen Bercaj Negatif, hidrogen merupakan antioksida yang sangat bagus untuk meneutralkan radikal bebas di dalam badan. Di tambah pula, penduduk Hunza hidup dengan tiada pencemaran, dan toksin alam sekitar, memang padan lah hidup lebih 100 tahun. 
  • Nutrisi sampai dengan cekap. Beberapa faktor telah menyebabkan saiz elemen nutrisi di dalam air di Hunza lebih kecil, namun dengan khasiat yang sama. Membuatkan sel-sel di dalam badan dapat menyerap nutrisi dengan lebih cekap. 
  • Ketegangan permukaan lebih rendah. Untuk senang korang nak faham, maksudnya tekstur air di Hunza lebih dekat dengan air di dalam sel-sel badan yang menyebabkan cecair lebih mudah bergerak di antara sel-sel, dan mengusir keluar toksin, dan menyerap lebih banyak air ke dalam sel-sel badan. 
  • pH tinggi alkali. Kondisi air alkali secara semula jadi dapat membantu badan untuk meneutralkan asid dan mengawal kadar pH dalam badan yang dikaitkan dapat mengurangkan risiko kanser. 

TERASING DARI BANDAR

Selain daripada air cairan glasier yang menjadi faktor kesihatan orang Hunza, mereka juga terasing daripada bandar-bandar dan pusat komersial, jadi amat jauh sekali untuk mereka makan makanan yang diproses, bahkan makanan mereka semua hanyalah sayur-sayuran, susu, bijirin, dan buah-buahan, terutama sekali aprikot. 

Aprikot adalah makanan yang berkait rapat dengan orang Hunza yang dikatakan boleh hidup berbulan-bulan hanya dengan meminum jus aprikot. Mereka amat jauh sekali dengan risiko kanser keran pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B-17. 

Penduduk di Hunza juga jarang sekali memakan makanan yang berasakan daging. 

Jadi, kalau korang ingin hidup sehingga 100 tahun lebih, boleh amalkan gaya hidup orang Hunza, cuma mungkin susah sikit lah nak dapat air glasier yang pure. Ataupun, jom kita pindah ke Hunza Valley, hehe.