The Rift - Jom Main Game Macam Dalam Filem Ready Player One

October 13, 2020 - 02:27 PM


Kepada gamers di luar sana! Impian korang kini dah menjadi nyata. Virtual Reality dan Augmented Reality theme park kini dah ada di Malaysia! The Rift Mid Valley ni memang akan membuatkan jiwa gamers korang teruja. Lokasi ni dah macam dalam filem Ready Player One di mana untuk bermain game, korang boleh menggunakan AR je, memang nampak real habis.

 

1) Race Room

Korang teringin nak jadi pelumba kereta yang paling hebat tapi takut accident? Pergi je ke race room ni. Dan dia punya sistem serta handling kereta dalam game tersebut memang sangat smooth dan responsive. Pengalaman yang korang rasa memang real habis.

 

2) Zero Latency

Ini yang macam Ready Player One punya filem. Korang boleh bergerak ke mana sahaja yang korang nak dalam dunia AR tu. Tapi tak langggar dinding ke? Jangan risau, mereka ada menyediakan sebuah arena yang besar! Ada 5 game yang korang boleh pilih dan yang paling latest adalah Undead Arena.

 

3) Holo Wall

Menggabungkan wall climbing dengan gaming, korang perlu menyelesaikan beberapa tugas sambil memanjat dinding tersebut. Memang sangat cantik dan yang paling penting sangat sesuai untuk korang yang inginkan aktiviti fizikal ketika berada di The Rift ni.

 

4) Hado

Okay kali ni korang boleh berlawan dengan rakan korang menggunakan superpower yang ada. Sama seperti Zero Latency cuma kali ni korang boleh berlawan dengan kawan korang atau monster yang ada. Memang sangat cool kerana korang boleh acah-acah jadi Iron Man dalam game ni. Blast orang menggunakan tapak tangan je!

 

5) Hurricane VR

Korang akan naik dan pakai tali keselamatan di ride ni kerana ianya sangat ganas. Lebih kurang macam Pirate Ship di taman tema lain cuma kali ni korang akan pakai headset VR dan alami dunia baru yang penuh mencabar dan memukau.

 

Enter The Rift, Exit Reality

Jadi kalau korang ada boyfriend atau kawan yang minat dengan gaming, bolehlah ajak diorang datang sini. Memang best dan lain daripada yang lain, boring kan asyik pergi mall je. Apa kata berjalan sambil enjoy. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi The Rift.

Alamat: Tingkat 3, North Court, MidValley Megamall, Kuala Lumpur

Laman Web ǀ Facebook ǀ Instagram

Destination: