The Rig, Pelantar Minyak Menjadi Taman Tema Di Arab Saudi

October 18, 2021 - 11:46 AM


Semua sedia maklumkan bertapa kayanya kerajaan Arab Saudi. Namun, kali ini plan mereka dalam mempromosikan daya tarikan baru bagi pelancong memang lain dari yang lain.

Satu pelantar minyak bakal diubah menjadi satu hotel yangh mempunyai 800 bilik dan juga satu taman tema yang gempak!

Saudi Arabia's Public Investment Fund mendedahkan plan tersebut dalam usaha menarik pelancong baru dan mereka memberi nama 'The Rig' untuk plan tersebut.

"Ini adalah salah satu tarikan yang sangat unik, menarik..dan mampu menarik pelancong dari seluruh dunia" jelas PIF ketika pelancaran pada hujung minggu yang lalu.

Satu video yang mempaparkan beberapa gambar atau klip taman tema yang bakal dibina di atas pelantar minyak tersebut ternyata memukau semua penonton.

The Rig bakal dipenuhi dengan 50 kapal layar dan tiga hotel, restoran berkelas dunia, heipad dan juga beberapa lagi aktiviti menarik termasuk sukan ekstrim.

Lokasi dan tarikh pembukaan The Rig belum diumumkan lagi pada khalayak ramai. Namun PIF menyatakan plan The Rig bakal dilaksanakan dalam tempoh 2021-2025. Kerajan Arab Saudi berharap dengan plan ini mereka dapat mengurangkan fokus terhadap sumber ekonomi mereka iaitu minyak.

Destination: