River Cruise Teluk Intan - Jom Tengok Sunset Cantik Sambil Menikmati Pemandangan Pulau Bangau
Entri ini dikongsikan oleh Nia Aurora di Facebook.
Ramai dalam kalangan kita yang suka dengan pemandangan sunset. Dengan cahaya matahari yang berwarna oren kemerah-merahan mewarnai dunia ini, sudah pastinya ramai yang tertarik dengan suasana romantis itu. Dan Rileklah nak berkongsikan satu lagi lokasi yang best untuk korang menikmati pemandangan sunset yang cantik di Malaysia iaitu dengan menaiki River Cruise Teluk Intan.
Di sini korang akan dapat menikmati sunset sambil menaiki bot menyelusuri Sungai Perak dan melihat pemandangan cantik ditemani burung-burung bangau yang berterbangan. Bila naik river cruise ni, tour guide akan menceritakan tentang asal usul nama Teluk Intan, gajah langgar keretapi, kepala keretapi yang ada dalam Sungai Perak, dan macam-macam lagi lah.
Bukan tu je, di Sungai Perak ada Pulau Bangau tau di mana terdapat berpuluh ribu ekor bangau yang menjadikan pulau tersebut sebagai habitat mereka. Malah pulau itu juga diisytiharkan sebagai Ecotourism Teluk Intan. Kalau dari jauh korang tengok pulau tu, nampak macam pokok kapas atau kekabu. Penuh dengan bangau yang berwarna putih.
Harganya pula agak murah iaitu RM25 sahaja dan korang akan menaiki bot ini selama 45 minit. Jadi kalau korang teringin nak merasai sendiri pengalaman macam gambar-gambar ni, bolehlah hubungi En. Sahril di 012-596 6375 ya. Dan seperti biasa, jangan lupa untuk jaga SOP dan pakai penutup muka korang. Have fun guys!