Sarawak Cultural Village - Kenali Budaya Dan Etnik Sarawak Dalam Masa Setengah Hari

December 03, 2020 - 06:15 PM


Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai budaya unik tersendiri. Jadi tidak hairanlah apabila ramai pelancong pergi ke Sarawak untuk belajar dan mengenali budaya mereka. Kalau korang teringin nak belajar tapi tak tahu nak pergi mana, apa kata korang melawat ke Sarawak Cultural Village. Tagline yang sering digunakan adalah “See Sarawak in Half a Day”.

Sarawak Cultural Village merupakan salah satu lokasi yang terbaik dan terkenal untuk mempelajari budaya mereka. Lokasi ni juga pernah menang anugerah tau. Di sini terdapat 9 bangunan replika yang dibina bagi menyerupai setiap  kumpulan etnik di Sarawak iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Iban, dan Orang Ulu. Perkampungan Hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, Rumah Bandar Melayu, dan Rumah Ladang Cina & Pagoda.

Setiap rumah tersebut dikendalikan oleh wakil dari kumpulan etnik tersendiri bersama pakaian tradisional mereka. Malah terdapat juga tukang cerita bagi menerangkan dan menggambarkan budaya serta gaya hidup tradisional setiap etnik tersebut. Selepas mengunjungi rumah-rumah tersebut, korang juga boleh melihat persembahan tarian dari pelbagai budaya di situ.

Dan korang boleh belajar tentang tarian, muzik, dan kraftangan mereka. Lepas dah seronok enjoy semua tu, korang boleh mengisi perut di restoran yang ada di sana. Sarawak Cultural Village juga mempunyai kedai cenderamata kraftangan di sana. Terdapat juga beberapa fasiliti lain seperti Dewan Lagenda, Rainforest Music House, studio tarian, dan perpustakaan.

Harga tiket pun sangat berpatutan iaitu pada RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Tapi kalau beli online, korang boleh dapat diskaun RM54 dan RM27. Untuk makanan tengahari pula pada harga RM76.50 (dewasa) dan RM46.20 (kanak-kanak). Korang boleh beli tiket secara online di laman web rasmi mereka. Have fun!

Destination: