Sawah Teres Hijau Keemasan Vietnam 'Rindu' Kehadiran Pelancong

December 07, 2021 - 05:24 PM


Jika dulu sebelum Covid-19 melanda dunia, sawah teres hijau keemasan di daerah Mu Cang Chai, Hanoi sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa jika datang bercuti ke Vietnam.

Namun suasana kawasan berbukit-bukau itu kini berubah sama sekali apabila lokasi itu sunyi sepi tanpa kehadiran pelancong, hanya kelibat petani sawah teres sahaja yang berulang-alik membawa kerbau mereka ke bendang.

Terletak 300 kilometer dari barat laut Hanoi -- Mu Cang Chai yang terletak di wilayah Yen Bai utara menjadi destinasi kunjungan paling digemari di Vietnam.

Sawah teres yang terletak sehingga 1,000 meter di atas paras laut kebanyakannya milik Hmong, kumpulan minoriti yang membentuk sebahagian besar penduduk kawasan itu.

Wanita Hmong juga menjana pendapatan apabila turut menyewakan pakaian tradisional berwarna-warni mereka kepada pelawat, manakala lelaki memperoleh sehingga $30 sehari membawa mereka ke laluan berlumpur kecil melalui bukit.

Pemandangan sawah padi teres sangat cantik pada bulan September dan Oktober, apabila tanaman bertukar menjadi kuning berkilat.

"Kami pernah mendapat sejumlah besar pelancong. Tetapi tahun ini semua sawah kosong akibat sekatan pergerakan.

"Satu-satunya keinginan kami ialah agar virus ini lenyap dan kami boleh meneruskan kehidupan normal," kata petani Lo Thi Loan.

Vietnam baru-baru ini mula membuka pintunya kepada dunia luar, dan beberapa pelawat antarabangsa tiba awal bulan ini di pulau peranginan Phu Quoc dan di kawasan pelancongan lain di selatan.

Sumber: Astro Awani 

Destination: