Senarai Acara Dan Aktiviti Menarik Di Seluruh Negara Sepanjang Bulan Oktober

October 01, 2019 - 05:56 PM


Seperti yang kita sedia maklum, negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan ini secara tidak langsung menjadikan negara kita salah sebuah negara yang unik dan menarik untuk diterokai dan dilawati baik oleh pelancong luar mahupun kita sendiri.

Pelancongan merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara, jadi kalau bukan kita yang menyokong, siapa lagi nak sokong produk – produk pelancongan yang ada di negara sendiri, betul tak?

Berikut adalah senarai acara yang bakal berlangsung pada bulan ini di pelbagai lokasi dan destinasi di Malaysia.

#1. Konservasi : Kraf Atau Sains ?

Pameran berjudul Konservasi : Kraf atau Sains ini akan menceritakan sedikit sebanyak tentang usaha – usaha pemuliharaan yang dilakukan keatas satu – satu koleksi artifak sebelum ia dipamerkan di muzium.

Dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia, beberapa artifak dari koleksi mereka ini dipertontonkan atau dipamerkan untuk menunjukkan teknik pembaikan atau restorasi yang digunakan dalam proses pemuliharaan artifak.

Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh pengunjung sertai selain menimba ilmu dan pengalaman menyaksikan secara ‘langsung’ bagaimana sesebuah bahan sejarah diproses sebelum dipamerkan kepada awam.

Lokasi : Muzium Kesenian Islam Malaysia

Penganjur : Muzium Kesenian Islam Malaysia

Tarikh  : 24 Jun – 31 Oktober 2019

Contact : +603 2092 7070/ +603 2274 0529

 

#2. Pameran ‘The Golden Man’

The Golden Man’ merujuk kepada kostum pahlawan yang ditemui pada 1969 dalam sebuah keranda Scythian kira – kira 60 kilometer dari kawasan timur Almaty berdekatan Issik.

Ia diperbuat daripada lebih 4000 bahagian emas dan kebanyakkannya mempunyai motif ukiran berbentuk binatang. Golden Man ini juga difahamkan menjadi simbol negara Kazakhstan dan ia akan dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur bermula 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2019.

Lokasi : Muzium Negara, Kuala Lumpur

Penganjur : Muzium Negara, Kuala Lumpur

Tarikh : 1 Oktober – 30 Oktober 2019

Contact : +603 22671000

 

#3. What About Kuching

What About Kuching (WAK) adalah festival terbuka yang dianjurkan oleh komuniti untuk komuniti bagi memeriahkan serta mengetengahkan bidang kesenian, kebudayaan dan gaya hidup masyarakat Kuching secara khusus.

Pelbagai acara menarik bakal diadakan sepanjang sebulan festival ini berlangsung bermula dari 28 September hingga 27 Oktober 2019 di pelbagai lokasi sekitar Kuching, Sarawak

 

Lokasi : Pelbagai venue sekitar Kuching

Penganjur : About Kuching Sdn. Bhd

Tarikh : 28 September – 27 Oktober 2019

Contact : +6012 889 0880

 

#4. Starlight Carnival, Genting Highland

Festival berkonsepkan ‘open-air’ ini akan berlangsung di Genting Highlands dengan membariskan pelbagai aktiviti termasuk ‘Movies Under The Stars’ yang mana pengunjung boleh menyaksikan filem pilihan disebuah panggung wayang ‘pop-up’ berdekatan dengan tasik selain barisan foodtruck yang menyajikan pelbagai jenis makanan.

Menjanjikan karnival yang terbaik; semestinya korang boleh berhibur sambil menyaksikan filem selain persembahan muzik live dan pelbagai permainan berbentuk permainan karnival disini.

Untuk kesini, korang kena buat tempahan secara online dan bayaran masuk adalah RM20.

Lokasi : Century Lake Park ( Aras G, Sky Avenue, dibawah Bona Cinema)

Penganjur : Resort World Genting (RWG)

Tarikh : 10 Oktober – 2 November 2019 (Setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu)

Waktu : 6 petang hingga 12 malam ( Khamis & Jumaat ), 3 petang hingga 1 pagi (Sabtu)

 

#5. Regatta Antarabangsa Perahu Naga Sarawak

Regatta perahu naga yang bakal diadakan di Sarawak ini merupakan salah sebuah acara penting dalam kalendar pelancongan negara yang terlibat dalam perlumbaan perahu naga di seluruh dunia.

Selain mempromosikan pelancongan tempatan, setiap tahun Regatta di Sarawak bakal membawa masuk sejumlah pelancong dan peminat perlumbaan perahu naga.

Lokasi : Kuching, Sarawak

Penganjur : Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Sarawak (MTAC)

Tarikh : 1 Oktober – 31 Oktober 2019

Contact : +6082 319313

 

#6. Art Expo Malaysia 2019

Pelbagai hasil seni para pereka dan pengiat seni di asia akan dipertontonkan di Expo Seni Malaysia 2019 ini. Membariskan lebih daripada 1,500 kasil seni daripada 60 galeri kesenian, acara ini juga akan menampilkan hasil seni artist dari Perancis, Quentin Garel.

Lokasi : MARTRADE Exhibition and Convention Centre (MECC)

Penganjur : Art Expo Malaysia1

Tarikh : 11 Oktober – 13 Oktober 2019

Contact : +603 77283677

 

#7. Art In The City 2019 (AITC)

Art In The City adalah sebuah usaha yang dijalankan oleh CENDANA, sebuah agensi kerajaan yang dilancarkan pada 6 September 2017 bagi mempromosikan komuniti anak seni tempatan dan mengetengahkan bakat ‘orang seni’ di negara kita.

Edisi kedua AITC ini bakal mempamerkan pelbagai aktiviti dan hasil seni seperti arca, pertandingan video dan pelbagai lagi.

Pelbagai siri forum dan bual bicara berkaitan juga bakal diadakan disekitar Kuala Lumpur dalam usaha mengetengahkan hasil karya seni dan peranannya dalam masyarakat.

Lokasi : River of Life / KL City Centre Park

Penganjur : CENDANA

Tarikh : 17 Oktober – 28 Oktober 2019

- Tourism Malaysia