Shuttle At Sea – Sukan Badminton Di Tengah-Tengah Laut Yang Pertama Di Dunia
Badminton merupakan sukan yang diminati oleh majoriti rakyat Malaysia. Malah negara kita juga dikenali di seluruh dunia melalui sukan badminton dan Datuk Lee Chong Wei. Rakyat Malaysia juga boleh bermain badminton di mana sahaja, ada yang gunakan pagar rumah sebagai net, ada yang bermain dalam dewan, dan ada yang sekadar bermain di padang tanpa net.
Kali ni min nak berkongsi yang korang dah pun boleh main badminton di atas air! Sebuah resort di Redang baru je memperkenalkan pengalaman bermain badminton di atas air. Dengar cerita, ni pertama kali di dalam dunia tau yang buat macam ni. Diberi nama Shuttle At Sea, ia merupakan sebuah kolaborasi oleh Malaysia Badminton Experience dan The Taaras Beach & Spa Resort. Nak tahu mengenai resort ni boleh tekan di sini.
Korang akan berdiri di atas platform pelampung dan bermain badminton di situ. Disebabkan platform itu sebuah pelampung, memang confirm la korang akan tergolek masuk dalam laut tu. Jadi bersiap sedia jela untuk basah ya. Sambil-sambil tu korang juga boleh berenang ketika nak kutip balik shuttle yang terkeluar dari gelanggang tersebut. Nak tengok video, ada di bawah ni:
Tapi kalau hanyut ke tengah laut macam mana? Rileklah, pelampung ni diikat dan memang sangat secure menggunakan palang dan batu bata di bawah. Tak akan bergerak pun pelampung ni. Bukan tu je, pihak Malaysia Badminton Experience juga menyediakan program coaching untuk tingkatkan skill badminton korang.
Dan kalau korang ambil pakej 4 hari 3 malam, korang akan berpeluang untuk bermain badminton dengan bekas atlit negara kita tau! Cool gila. Jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, boleh pergi ke media sosial mereka okay? Enjoy!