Sojuk Riverside - Port Berkhemah Tepi Sungai Di Selangor

April 20, 2021 - 03:30 PM


Bagi orang Selangor yang mencari port untuk berkhemah yang ada sungai, sesuai untuk riadah keluarga, korang kena pergi ke Sojuk Riverside, Batang Kali yang baru sahaja dibuka 4 bulan lepas. 

Kawasan yang asalnya sebuah kebun buah buahan ini terletak dekat dengan Jalan Genting Lama. Tapak Sojuk Riverside ini sangat luas untuk korang berkhemah santai, dan bagi korang yang tak nak berkhemah, boleh juga sewa kabin. 

Tempat ini selalunya akan penuh pada Sabtu, dan Ahad jadi korang kena datang awal sikit, dan pandai-pandai cari port paling best untuk pacak khemah korang. Tapi bab tandas jangan risau memang ada tandas disediakan untuk lelaki, dan perempuan. 

Pada waktu malam, tempat ni memang akan sejuk, sebab itu dinamakan Sojuk Riverside, jadi korang sediakan baju yang tebal sikit untuk dipakai pada waktu malam, kalau tak menggigil lah korang. 

Dorang kata, kalau korang datang berkhemah dekat sini pada bulan Julai, korang boleh berkhemah sambil tunggu buah durian jatuh. Haa, dapat makan buih durian fresh baru jatuh dari pokok, percuma pula tu!

Turut disediakan adalah open hall bersama plug point jadi korang tak perlu risau kalau nak caj telefon bimbit korang. 

Sumber: Pengguna FB, Cik Kiah

Destination: