Squid Game Akhirnya Menjadi Realiti di Arab Saudi!
Ibu negeri Arab Saudi sekali lagi menjadi tumpuan pelancong terutamanya di peringkat antarabangsa. Riyadh yang kini menawarkan pelbagai tarikan baru dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan di negeri mereka.
Yang terkini, mereka menjadi negara yang pertama mengadakan Squid Game Experience di mana pengunjung boleh alami sendiri bagaimana bermain dalam permainan yang terinispirasi dari siri popular Squid Game.
Terdapat 6 jenis permainan yang tersedia. Permainan yang tersedia sememangnya sama seperti dalam siri, pemain akan bertemu dengan askar berbaju merah, dan berakhir dengan satu pemenang!
The Squid Game Experience in Riyadh, berkeluasan 9582 kaki persegi di Boulevard Riyadh City. Hanya dalam 35 hari, mereka berjaya membangunkan kawasan tersebut untuk merealisasikan permainan tersebut,
Patung yang terkenal pada permainan yang pertama juga turut didirikan demi menghasilkan satu set yang nyata dan mengujakan! Begitu juga set untuk permainan yang lain.
Pihak penganjur juga memastikan keselamatan para pemain turut dijaga. Jangan risau, nyawa anda bakal tidak dipertaruhkan.
Setakat ini 70 pemain boleh menyertai The Suqid Game Experience, dan para pemain akan merasai sendiri bagaimana watak kegemaran anda lalui pengalaman mereka dalam siri tersebut. Dari terima undangan kad, memakai pakaian yang sama dan juga bermain setiap permainan yang tersedia
Sambutan awal para pengujung setakat ini amat memberangsangkan. Tiket telah habis dijual hampir setiap hari. Wah! betul-betul dahsyat ya kerajaan Arab Saudi! Memang lain dari yang lain!