Stadium Malawati Bakal Dijadikan Bandar Sukan Selangor

August 24, 2021 - 09:17 PM


Selangor bakal anda bandar sukan tersendiri, macam Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil ke?

Stadium Shah Alam bakal menjadi bandar sukan Selangor dalam tidak lama lagi, susulan kerja-kerja baik pulih stadium akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, keputusan tersebut dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yanng mahu supaya rakyat Selangor dapat menggunakan kemudahan yang ada di sekitar stadium tersebut.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 9 Jun lalu bersetuju menubuhkan Unit Projek Khas (UPK) di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi membangunkan semula Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA).

UPK bertindak sebagai pengurus projek yang bertanggungjawab bagi memastikan pembangunan KSSA dengan teratur dan komprehensif untuk menyumbang nilai dan pulangan tinggi kepada kerajaan negeri dan rakyat Selangor.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, unit tersebut akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu Pembangunan KSSA yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nor Azmie Diron.

Destination: