Sungai Kesang - Sungai Cantik Yang Sangat Jernih Untuk Dilawati
Sekarang ni dah boleh merentas negeri kalau korang tak tahu. Dan salah satu negeri yang menjadi tarikan orang ramai adalah negeri Melaka. Negeri yang penuh dengan sejarah dan tarikan menarik buat pelancong dari seluruh dunia. Salah satu tarikan tersebut adalah Sungai Kesang. Sungai ini pernah viral waktu PKP sebelum ni, kerana ianya sangat cantik.
Airnya yang sangat jernih membuatkan korang terpegun dan boleh melihat dasar sungai tau. Tapi jangan salah faham pula, korang tak boleh mandi di sini. Kerana pada tahun 2018, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka mengeluarkan kenyataan agar aktiviti tersebut tidak dilakukan kerana terdapat buaya di dalam sungai ni. Kalau sayang nyawa, jangan mandi okay?
Jadi untuk melihat keindahan sungai tersebut, korang boleh pergi ke jambatan gantung di sana. Untuk sampai ke Sungai Kesang ni, korang perlu pergi ke Sungai Rambai. Sungai Rambai ni nama tempat tau, bukan nama sungai ya. Ianya agak jauh juga walaupun korang gerak dari Melaka kerana ianya terletak betul-betul di sempadan Johor.
So kalau korang nak datang sini, jangan lupa pergi pada hari weekend. Memang ramai manusia yang datang lepak bersama keluarga di atas jambatan ni. Nak ambil gambar pun tak seronok. Waktu pagi pun sama. Dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan korang dengan memakai penutup muka dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan okay? Have fun!