Sunway Buat Promo Kaw-Kaw Murah Sempena Pembukaan Semula!

July 03, 2020 - 05:34 PM


Sekarang, kan semua taman tema termasuk taman tema air telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai...

Ini ada satu berita baik jika anda nak bawa anak-anak dan keluarga bergembira di taman tema air popular Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun, Perak!

Bersempena dengan hari pembukaan rasmi esok, Sabtu (4 Julai), Sunway Lagoon akan menawarkan promosi menarik untuk semua lawatan sehingga 13 Julai 2020.

Sunway bakal memberikan potongan harga tiket masuk untuk KESEMUA ENAM ZON dengan harga hanya RM115 bagi dewasa dan RM105 bagi kanak-kanak. 

Jika berminat, anda boleh membuat pembelian tiket secara online di :

Sunway Lagoon: https://bit.ly/sunway-lagoon-wfly
Sunway Lost World: https://bit.ly/lost-world-wfly

Bukan itu sahaja, malah dalam usaha merangsang pelancongan domestik, Sunway Bhd (Sunway) juga akan melancarkan kempen 'Ke Sana Ke Sini Ke Sunway' pada 6 Julai ini yang menawarkan pakej pelancongan di Sunway City Kuala Lumpur dengan diskaun 70 peratus.

Pada kadar RM499, pakej 'Ke Sana Ke Sini Ke Sunway' merangkumi :-

- Penginapan 2 malam di Hotel Sunway Pyramid

- Tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

- Baucar tunai Sunway Pyramid bernilai RM200

Nilai asal pakej ini ialah RM1,599 tau! Murah kaw-kaw tawaran Sunway ni, kan....

Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh membeli pakej ini bermula 6 hingga 20 Julai dan menggunakannya untuk melawat Sunway City Kuala Lumpur dari 7 Julai hingga 31 Oktober.

Pastinya jika bercuti di Sunway, anda dan keluarga tidak perlu bimbang tentang tahap kebersihan dan keselamatan diri kerana Sunway melaksanakan langkah-langkah ketat di seluruh premis bagi melindungi pekerja, pelawat dan masyarakat.

Semua premis Sunway merangkumi Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway Hotels dan lain-lain mengguna pakai amalan dan SOP yang ketat selaras dengan syor Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sumber: Berita Harian