Super Nintendo World Bakal Menjadi Tarikan Terbaru Di Universal Studios Japan

January 31, 2020 - 03:57 PM


Tidak lama lagi, kita bakal boleh bermain permainan video secara ‘real-life’ dengan pembukaan Super Nintendo World di Universal Studios Japan menjelang sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut siaran media yang dikeluarkan, “pelawat bakal merasakan seperti berada di dalam permainan Nintendo kegemaran mereka – dalam dunia sebenar”.

Kredit : Nintendo | Universal Studios Japan

Tarikan yang unik ini berkonsepkan taman tema mini di dalam Universal Studios Japan (USJ) di Osaka dan akan dibangunkan bersama pincipta Super Mario sendiri iaitu Shigeru Miyamoto. Menariknya, selain USJ konsep yang sama akan dibuat di cawangan Universal Studios Orlando dan juga Singapura.

Ini bermakna, kalau nak merasai pengalaman bermain permainan ini, kita hanya perlu ke USS. Cuma, belum ada tarikh yang diumumkan.

Menceritakan tentang permainan ini; pemain akan diberikan sebuah gelang yang dipanggil ‘Power Up Band’ yang berfungsi dengan aplikasi di smartphone dan akan mengumpun ‘coin’ selain menjawab soalan di ‘Question Blocks’ semasa mengembara kea lam Super Mario tersebut. Pelawat kemudian akan diberikan ranking dengan jumlah kutipan coin.

Binaan Sebahagian Super Mario World yang 'leak' di Internet

Setiap gelang bertemakan watak kegemaran yang ada dalam permainan Super Mario, jadi pemain boleh memilih watak yang digemari dan Super Nintendo World ini akan menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak boleh diperolehi di mana – mana tempat lain.


Jom kita tengok video pengenalan yang disediakan :

p/s : Peminat Super Mario pasti teruja. Moga cepat sikit dibina di USS. Takpayah pergi jauh ke Jepun. Hehe.

Destination: