Syoknya Jalan-Jalan Thailand Naik Bot Elektrik, Tapi Tunggu Pintu Sempadan Buka Dulu Ya!

September 29, 2020 - 05:18 PM


Kalau pintu sempadan negara kembali dibuka, Thailand mungkin negara paling dekat yang boleh kita mulakan untuk aktiviti melancong ke luar negara.

Jika ke Negara Gajah Putih itu nanti, korang jangan lepaskan peluang mencuba sebuah produk baharu mereka iaitu menaiki teksi motor dan bot elektrik yang mesra alam.

Ini kerana Thailand telahpun melancarkan prototaip kedua-dua jenis kenderaan elektrik itu sebagai sistem pengangkutan awamnya -- yang mana ia dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada akhir tahun 2020.

 

Khabarnya, teksi motor yang dilengkapi dengan sistem GPS itu boleh digunakan untuk perjalanan sejauh 100 kilometer dengan sekali cas serta memiliki kelajuan maksimum lebih 80 kilometer sejam.

Kedua-dua jenis kenderaan tersebut telah dibangunkan oleh Lembaga Penjana Tenaga Elektrik Thailand (EGAT).

 

Agensi itu juga turut membangunkan 2 buah bot elektrik yang boleh bergerak sejauh 60 kilometer dengan sekali cas.

Setiap bot pula boleh membawa sehingga 80 orang penumpang.

Selain pengangkutan awam itu, Thailand juga kini dikatakan sedang membangunkan EV Kit untuk mengubah kereta lama menjadi kenderaan elektrik yang boleh bergerak sejauh 200 kilometer dengan sekali cas dan mempunyai kelajuan maksimum melebihi 160 kilometer sejam.

Kos pengubahsuaian, tidak termasuk bateri, kira-kira 200,000 baht (US$6,300) setiap kenderaan.

 

Sumber: BERNAMA

Destination: