Tak Perlu Pergi Ke Jepun, Datang Je Ke Taman Baru Di Shah Alam Ni Secara Percuma!

March 16, 2021 - 11:03 AM


Jepun merupakan sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah dalam musim pandemik ini ramai yang menyuarakan hasrat dan kerinduan mereka untuk pergi bercuti ke negara tersebut. Jangan risau, sekarang ni korang boleh je pergi ke Taman Persahabatan Selangor-Jepun yang terletak di Shah Alam.

Taman ini dibina sebagai tanda penghargaan buat penduduk tetap dari Jepun yang bekerja di kilang-kilang syarikat pembuatan Jepun. Menelan belanja sebanyak RM3.8 juta, taman ini telah dibina sejak dari tahun 2018 lagi tau. Taman ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan masuk adalah percuma, sama sahaja seperti Taman Tasik Shah Alam.

Astetik di taman ini memang sangat unik dan cantik membuatkan korang terlupa yang korang sebenarnya berada di Shah Alam, bukan di negara Jepun. Silap-silap gambar yang korang ambil tu akan buat rakan-rakan korang keliru nanti. Sebab memang feeling di sini seolah-olah korang berada di Osaka dan Hokkaido. Terdapat beberapa tarikan menarik yang korang boleh pergi di sini. 

Antaranya adalah Kolam Maze, Laman Zen, Tsukubai, Gerbang Torii, Laman Teres, dan Laman Refleksologi. Yang paling bestnya, terdapat program persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor pada setiap hari minggu tau. Jadi kalau korang plan nak berjogging di Taman Tasik Shah Alam tu, boleh lah singgah sebentar dan menikmati serta mempelajari budaya Jepun di taman ini.

Sumber: Remaja 

Destination: