Tak Tahu Mana Nak Pergi Memancing? Ni Dia Port Memancing Di Area Selangor

August 28, 2020 - 12:23 PM


Aktiviti memancing ni boleh dikatakan membawa ketenangan kepada diri kita. Sementara tengah menunggu ikan makan umpan, kita boleh merehatkan minda kita dan lupakan segala masalah yang ada. Tapi bila kita berjaya umpan ikan tu, akan ada satu perasaan teruja dalam diri. Inilah satu perasaan yang seronok orang ramai tidak tahu. Jadi kali ni min nak berkongsi 5 lokasi memancing untuk mereka yang baru nak belajar dan juga kaki pancing yang tak tahu dengan lokasi di bawah.

 

1. Tanjung Harapan – Perlabuhan Klang

Terletak bersempadan dengan Perlabuhan Klang Golf Resort, lokasi ni memang menjadi pilihan ramai kerana pemandangannya yang sangat cantik. Lagi-lagi waktu matahari terbenam. Disebabkan ianya terletak di perlabuhan jadi ada banyak kapal di kawasan ni memberikan feel yang best untuk memancing kat sini.

 

2. Pulau Ketam

Merupakan pulau bakau yang dikelilingi oleh kawasan lumpur yang agak rata. Untuk pergi ke sini, anda cuma perlu naik feri di Jeti Pelabuhan Klang. Tiket sehala murah je, RM 10 untuk orang dewasa dan Rm 6 untuk kanak-kanak. Memang dah ramai orang baru belajar memancing datang sini, jadi anda boleh lah asah skill bila datang sini.

 

3. One Fathom Bank / Pematang Sedepa

Okay, kalau anda nak ajak kawan-kawan atau pergi memancing dalam kumpulan, inilah lokasi paling sesuai. Seperti lokasi tadi, anda perlu menaiki bot dari Jeti Pelabuhan Klang cuma kos bergantung kepada syarikat penyewaan bot di sana. Bukan tu je, pemandangan di sini memang sangat menakjubkan, memang tak akan menyesal memancing di sini.

 

4. Pantai Jeram – Kuala Selangor

Kalau anda dah pergi ke 3 tempat di atas dan inginkan sedikit cabaran, boleh datang ke sini. Ia merupakan kawasan yang agak terkenal dan penuh dengan pengunjung lagi-lagi waktu hujung minggu. Bukan tu je, pantai ni pun agak cantik untuk anda bersantai dengan kawan-kawan setelah penat bekerja pada awal minggu.

 

5. Pulau Angsa – Kuala Selangor

Okay la, kalau korang rasa lokasi sebelum ni mencabar korang boleh datang sini. Memang lokasi khas untuk beginner dalam memancing. Anda kena naik bot dari jeti Pangkalan Jeram dan bayaran kena kawtim sendiri dengan nelayan-nelayan di sana.

 

Jadi itulah dia 5 lokasi memancing untuk orang yang baru nak memancing. Bagi yang dah biasa memancing pun boleh datang tempat-tempat ni kalau tak pernah try. Dan harapnya otai-otai kaki pancing ni boleh bantu mereka yang baru nak belajar memancing. Kita besarkan komuniti memancing di Malaysia okay? Selamat memancing!

 

Sumber: Bebasnews

Destination: