Taman Air DarulMakmur Tawar Tiket RM12 Selama 2 Hari Raikan Tarikh Cantik 12.12
Bagi anda terutama warga Jerantut dan Pahang yang tidak tahu untuk membawa anak-anak beriadah ke mana pada hujung minggu ini -- ini ada satu promosi menarik bersempena tarikh cantik 12.12!
Apa kata anda bawa anak-anak bermain air di Taman Air DarulMakmur yang diuruskan sepenuhnya oleh Hotel DarulMakmur, sebuah hotel milik penuh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
Ini kerana bersempena meraikan kedatangan tarikh 12.12.2020 -- mereka menawarkan tiket masuk hanya berharga RM12 tanpa mengira peringkat atau kategori umur.
Tawaran harga murah itu diberikan kepada pengunjung pada hari Sabtu (12.12) dan juga Ahad (13.12).
Taman air seluas 3.5 ekar itu mula dibuka pada tahun 2019 di belakang Hotel DarulMakmur.
Hotel DarulMakmur merupakan yang terletak di tengah-tengah bandar lama Jerantut turut menawarkan penginapan sebanyak 80 bilik eksklusif yang dilengkapi kemudahan kolam renang, gimnasium dan coffee house yang dibuka setiap hari.
Malah, ia juga mempunyai sebuah tempat makan berkonsepkan restoran dalam taman di luar perkarangan hotel yang dikenali sebagai Tepian DarulMakmur.
Ia beroperasi pada setiap malam dengan menyajikan masakan panas timur dan barat.
Bagi anda yang ingin bercuti ke sana ingat untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga SOP yang ditetapkan demi keselamatan bersama.
TAMAN AIR DARULMAKMUR
ALAMAT: Hotel DarulMakmur, Jalan Besar, Bandar Lama 27000 Jerantut, Pahang.
NO TEL: 09-266 2552
FACEBOOK: Taman Air DarulMakmur
WAKTU OPERASI: Setiap Hari Dari 9 Pagi - 6 Petang (TUTUP RABU)