Tarikan Terbaharu Di Tengah Bandar Bangkok, Benjakitti Forest Park!

June 21, 2022 - 01:05 PM


Bandar Bangkok dan warganya sudah lama dambakan taman menghijau yang mampu menjadi lokasi untuk berehat dan lari dari hiruk pikuk hutan konkrit.

Tarikan terbaru di tengah kota Bangkok, Taman Rimba Benjakitti kini dibuka! Sekaligus menjadi tarikan terbaru di Bangkok

AP melaporkan, pembinaan taman yang redup dan menyejukkan mata itu adalah sebahagian daripada usaha menghijaukan Bangkok, seterusnya menjadi kota itu lebih nyaman didiami menjelang tahun 2030.

Sebuah lagi taman dengan tasik buatan pernah dibina bersebelahan tapak berkenaan sekitar tahun 1990-an, namun taman baharu seluas 41 hektar itu telah mencerminkan visi dan masa depan kota yang berpopulasi padat tersebut.

Pada hujung minggu, kira-kira 12,000 orang menggunakan laluan alam, denai dan lorong berbasikal di taman itu, sambil mengambil gambar ntuk dimuat naik ke laman sosial masing-masing

Bekas tapak kilang tembakau, Thailand Tobacco Monopoly itu menjalani fasa perubahan sejak beberapa tahun lalu dan kini pengunjung sudah mula mendatanginya menjelang pembukaan rasmi Ogos nanti.

Rekaan landskap Taman Rimba Benjakitti menggabungkan elemen lama dan moden. Arkiteknya mengekalkan lebih daripada 1,700 batang pokok asal dan menanam lagi 7,000 pokok lain. Apabila pokok-pokok itu semakin membesar, semakin luas kawasan redup yang dimahukan.

Elemen air pula memainkan peranan penting. Beberapa kolam dan pulau buatan menghasilkan persekitaran yang mesra alam sekali gus menjasi sistem saringan dari sunber pelepasan air komuniti di sekelilingnya.

Destination: