Tasik Cermin Dibuka Semula, Perlu Bayar RM 2 Cas Masuk

March 21, 2022 - 11:05 AM


DESTINASI percutian popular di Ipoh, Perak, Tasik Cermin sudah dibuka semula untuk kunjungan umum selepas ditutup beberapa bulan lalu lantaran tular video seorang lelaki yang terjun ke tasik tersebut.

Terkini, banyak perubahan yang telah dilakukan di kawasan Tasik Cermin ini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

Selain penambahbaikan fasiliti, kemasukan ke Tasik Cermin juga dikenakan bayaran.

Bayaran bagi tempat parkir kereta dikenakan sebanyak RM5, manakala RM2 dicas untuk setiap orang yang masuk ke dalam.

Walaupun begitu, kawasan Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Kinta ini tidak membenarkan orang ramai mandi-manda di kawasan tasik berkenaan.

Pembangunan tersebut sekali gus bakal menjadikan Tasik Cermin produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Ipoh.

Difahamkan, pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh berkonsepkan rendah karbon yang menggunakan bahan mesra alam.

Destination: