Tasik Cermin Ipoh - Lokasi Tersembunyi Yang Masih Ramai Tak Tahu
Kalau korang ada plan nak pergi berjalan-jalan ke Ipoh, korang wajib pergi ke satu lokasi rahsia ni. Diberi nama Tasik Cermin, nampaknya masih ramai yang tak tahu macam mana nak sampai ke tasik yang sangat cantik dan memukau mata di sini. Tasik Cermin terletak di tengah-tengah bentukan batu kapur dan gunung ganang. Untuk masuk ke kawasan tasik ini, korang perlu melalui terowong gua sepanjang 50 meter.
Memang terowong tersebut kelihatan menyeramkan, tapi jangan risau. Kerana disebalik terowong tersebut korang akan jumpa satu tasik yang pasti akan membuatkan korang teruja. Terletak di Gunung Rapat, korang hanya perlu drive selama 20 minit sahaja dari bandar Ipoh. Setibanya di kawasan ini, korang perlu membayar parking sebanyak RM5 dan boleh berjalan menuju ke terowong tersebut.
Ada juga platform untuk korang menikmati pemandangan yang cantik ini sambil bersantai atau menjamah bekal makanan yang dibawa. Malah korang juga boleh mengambil rakit yang ada dan berakit untuk mengambil gambar yang cantik. Tapi kena berhati-hati ya, jangan rakit jauh sangat, cukup sekadar untuk mengambil gambar. Ini kerana rakit tersebut kelihatan agak tua, jadi kena berhati-hati untuk keselamatan diri korang.
Selain daripada itu, korang juga boleh pergi melawat Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village yang terletak berdekatan dengan Tasik Cermin tersebut. Kampung ini mempunyai astetik zaman 60-an dan memang sangat menarik untuk korang explore dan lihat budaya mereka. Korang juga boleh cycling, dan memberi makan ikan ketika berada di sini.
Malah terdapat juga beberapa kuil yang boleh dilawati dan memang cantik beb pemandangan dia. Sebab kuil-kuil ini dibina di dalam gua batu kapur tau dan setiap dari kuil tersebut mempunyai design yang sangat unik. Kuil tersebut adalah Sam Poh Tong, Ling Sen Tong, dan Nam Thean Tong. Seperti gambar di atas, korang boleh tengok sendiri betapa cantiknya kawasan ni.
Jadi sebelum korang nak pergi ke sini, min nak nasihatkan yang lokasi ni bukanlah tempat pelancongan yang official. Jadi kalau boleh elakkan bawa budak-budak ke Tasik Cermin. Namun kalau korang datang sekadar nak tengok pemandangan dan enjoy mengambil gambar tiada masalah untuk pergi dengan orang dewasa. Apa pun jaga keselamatan diri dan jaga SOP okay? Enjoy!