Tasik Puteri Bukit Besi - Tasik Biru Cantik Yang Korang Wajib Pergi Di Terengganu
Di Malaysia terdapat beberapa tasik yang cantik yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan. Dan salah satunya terletak di negeri Terengganu yang diberi nama Tasik Puteri Bukit Besi. Tasik ini terletak di dalam Taman Rekreasi Tasik Puteri. Ianya merupakan tasik buatan dan menjadi lokasi kegemaran orang ramai untuk datang bermandi-manda dan tenangkan diri mereka.
Untuk sampai ke tasik ni korang perlu trekking sedikit kerana ianya terletak di bahagian dalam taman tersebut dan agak tersembunyi. Tapi bila korang sampai confirm korang akan terpegun dengan kebiruan airnya dan bentuk tasik tersebut yang dikelilingi oleh pokok-pokok cantik. Dah macam masuk ke dalam dunia fantasi guys, memang best.
Korang juga boleh bermandi-manda di sini dan terdapat 2 kawasan untuk korang mandi. Air tasik ni dialirkan ke bahagian yang lain dan terdapat beberapa spot yang agak dalam. Gambar pertama di atas menunjukkan kawasan yang agak dalam, kena hati-hati kalau mandi di sini. Dan gambar kedua pula adalah kawasan yang orang prefer sebab agak cetek.
Kalau datang sini bawa lah barang camping. Boleh makan-makan sambil menyelam dan berenang di tasik ni. Bukan tu je, korang juga boleh sewa ATV untuk bersiar-siar dalam taman ni. Korang boleh menyewa ATV mengikut pakej yang diberikan dan laluan yang ada. CEA ATV Outdoor pasti akan mengisi masa lapang korang lepas dah puas mandi.
Dan seperti biasa kalau nak datang tu bawa la baju lebih, dah nama pun nak mandi kan. Tapi kalau tak mandi pun bawa juga baju extra, sebab di sini agak berlumpur dan berlecak. Confirm kotor baju korang nanti. Apa pun jangan lupa jaga SOP dan pakai penutup muka ketika datang sini. Jaga diri korang dan jangan mandi di tempat yang dalam kalau tak pandai berenang okay? Have fun guys!