Terbesar Di Malaysia, Muzium Budaya Borneo Dibuka Mac Ini
Setelah hampir 2 tahun tertangguh pembukaannya akibat pandemik -- Muzium Budaya Borneo di Kuching, Sarawak akan dirasmikan pada bulan Mac ini!
Dengan perasmian Muzium Budaya Borneo itu kelak, ia bakal menjadi tarikan baharu buat pengunjung yang datang bercuti ke Sarawak bagi mempelajari dan memahami lebih mendalam berhubung adat serta budaya suku kaum yang terdapat di Bumi Kenyalang.
Antara tarikan utama Muzium Budaya Borneo adalah Floor of Desire, Painted Caves, Sarawak in Motion, River Journey, Time Capsule Book, Painted Cave dan banyak lagi.
Apabila dibuka kelak, bangunan berkelas dunia ini bakal bergelar 'Muzium Terbesar di Malaysia dan Borneo' serta 'Muzium Kedua Terbesar di Asia Tenggara' selepas Singapore National Museum.
Selain itu, muzium tersebut juga akan menerapkan aspek interaktif dan penggunaan teknologi maklumat terkini bagi memberi impak yang lebih mendalam.
Sebagai contoh, apabila kita imbas (kod) kita akan dapat lihat bagaimana orang menenun daripada telefon pintar kita. Muzium itu agak canggih.
Sesiapa yang berkunjung ke sana sudah tentu akan membawa balik pengalaman baharu dan ia pasti akan diceritakan kepada penduduk setempat.
Memang berbeza daripada muzium Sarawak sebelum ini.
Bangunan ikonik tersebut dijangka dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Mac nanti.
Sumber: Astro Awani & Kredit Gambar: FB Borneo Cultures Museum