Teringin Nak Cuba Aktiviti Lasak? Ini Adalah 5 Aktiviti Yang Korang Boleh Buat Di Selangor

November 19, 2020 - 03:05 PM


Untuk korang yang berjiwa adventure dan sukakan aktiviti lasak di luar sana, sudah pasti korang tercari-cari aktiviti baru yang korang boleh buat kan? Kalau korang tinggal di Selangor, memang ada banyak aktiviti yang korang boleh join dari bungee jumping hinggalah white water rafting. Jadi ini adalah 5 aktiviti yang korang boleh buat di Selangor:

 

1) Ride ATV di ATV Adventure Park

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by anak mat (@anak.mat)

Untuk sampai ke sini korang perlu pergi ke Kemensah, Selangor. Dengan harga serendah RM100 untuk setiap seorang, korang boleh ride ATV melalui beberapa trail yang ada dan pilih destinasi yang korang nak. Korang boleh pergi ke Air Terjun Sofea Jane, Bukit Tabur, dan Empangan Klang Gate. Masa pula adalah 1 jam hingga 1 jam setengah, memang berbaloi.

Alamat: Atv Adventure, Kampung Kemensah, 68000, Selangor

 

2) Cabaran Treetop di Skytrex

Skytrex Sungai Congkak terletak di tengah-tengah hutan dan akan membuatkan korang merasai pengalaman unik ketika melakukan cabaran treetop di sini. Korang boleh pilih dari 2 tahap kesukaran iaitu pada River Thrill atau Rapid Extreme. Jangan risau, tahap keselamatan korang semua dijaga dan tali keselamatan juga disediakan dengan rapi. 

Alamat: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

 

3) Bungee Jumping / Flying Fox Di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon memang sangat terkenal dengan kepelbagaian aktiviti dan tarikan yang ada di sana. Salah satunya adalah bungee jumping. Korang akan lompan dari jambatan famous di dalam taman tema tu. Bukan tu je, korang juga boleh try flying fox di sini, dikatakan ianya antara flying fox yang terpanjang di dalam Malaysia. 

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

 

4) Rock Climbing Di Batu Caves

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TAC Team (@tacteam.my)

Korang mesti tak tahu kan yang korang boleh buat aktiviti rock climbing di sini. Gua Damai Extreme Park ada menyediakan beberapa laluan untuk sampai ke puncak bergantung kepada tahap kepakaran korang. Jadi untuk beginners pun memang tak ada masalah. Peralatan dan safety harness juga disediakan dan dijaga dengan rapi bagi menjaga keselamatan korang. Jangan risau. 

Alamat: Jalan Fairuz Off Jalan Zamrut, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

 

5) White Water Rafting Di Kuala Kubu Bharu

Lokasi terkenal dalam kalangan adventure seekers bagi aktiviti ini. Korang akan merasai pengalaman white water rafting selama 2 ke 3 jam sepanjang laluan korang di Sungai Selangor. Kami sarankan agar korang book dahulu sebelum datang dan harganya agak murah untuk aktiviti dan peralatan yang disediakan. Korang siap dapat lunch, snek, dan guide lagi tau. 

Alamat: 12, Jalan Mat Kilau, Kampung Paya, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

 

Jom Buat Aktiviti-Aktiviti Ni Weekend Nanti!

Jadi kalau korang dah boring berjalan-jalan di lokasi biasa seperti mall dan restoran-restoran, korang boleh try buat salah satu aktiviti ni. Confirm puas hati. Apa pun jangan lupa jaga SOP dan jaga penjarakan sosial. Have fun guys!

 

 

 

Destination: