Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast Bakal Siap Jun Tahun Hadapan

TARIKAN
August 17, 2020 - 11:35 AM


Bermula Jun tahun hadapan, Johor bakal mempunyai pintu masuk antarabangsa yang baru apabila siapnya Terminal Feri Desaru Coast yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Terminal feri yang dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) itu akan menjadi pintu masuk antarabangsa ke-16 di negeri tersebut.

Terminal berkenaan merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) yang dibangunkan dengan kos RM4.5 bilion.

Semalam (Ahad), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dalam rangka lawatan dua hari ke Johor sempat meninjau pembinaan projek terminal feri berkenaan yang sedang giat dijalankan.

Beliau diiringi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau tapak pembinaan terminal feri berkenaan.

Artikel Berkaitan: Terminal Feri Antarabangsa Desaru Yang Baharu Dibuka 2021

 

Destination: