Phuket Dibuka Untuk Pelancong Di Bawah Projek 'Phuket Sandbox'

June 14, 2021 - 05:27 PM


Seperti yang ramai tahu, Thailand merupakan negara yang sangat terkenal menjadi destinasi pilihan ramai pelancong asing dari seluruh pelusuk dunia, dan dorang juga tidak kurang teruk terkesan dengan wabak pandemik yang melanda dunia. 

Walaupun kadar jangkitan harian di Thailand masih berada di dalam paras yang membimbangkan, kerajaan Thailand sentiasa di dalam perancangan untuk meningkatkan semula aktiviti pelancongan dalam negara dorang, termasuklah dengan program kuarantin di atas kapal layar, dan projek pelancongan khas bagi mereka yang telah divaksin. 

Akhirnya, setelah berbulan-bulan di dalam fasa perancangan, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha akhirnya memberi kepastian bahawa Phuket bakal dibuka kepada pelancong asing yang telah divaksin, tanpa keperluan untuk kuarantin, di bawah projek 'Phuket Sandbox'. 

Menurutnya di dalam sebuah hantaran Facebook, 'Phuket Sandbox' merupakan sebuah inisiatif mereka bagi menghidupkan semula sektor pelancongan yang kini di paras yang agak menyedihkan. 

Sehingga hari ini, 70% penduduk Phuket telah pun diberikan vaksin, dan sasaran untuk memberikan vaksin kepada 100% penduduk Phuket dianggarkan untuk tercapai sebelum sempadan wilayah itu dibuka.