Urban Retreat Spa - Japanese Onsen Yang Pertama Di Malaysia

November 26, 2020 - 01:45 PM


Di negara Jepun, salah satu tarikan utama buat pelancong adalah onsen, yang bermaksud kolam air panas. Waktu musim sejuk pun orang akan mandi di onsen tau dekat sana. Jadi disebabkan kita berada dalam lockdown dan tak boleh pergi ke negara Jepun, apa kata korang pergi ke spa onsen yang pertama di Malaysia, Urban Retreat Spa.

Menggabungkan budaya onsen tradisional dan terapi badan, pengalaman spa di sini memang sangat unik. Ianya terletak di 163 Retail Park, Mont Kiara. Dan design di dalam spa ini juga memberi gambaran seolah-olah korang berada di Jepun. Seperti spa lain, korang boleh pilih daripada beberapa servis yang ditawarkan daripada massages hinggalah terapi kesihatan.

Tapi yang menjadi tarikan utama adalah Japanese onsen spa. Jangan risau, kalau onsen di Jepun korang kena buka semuanya dan berkongsi onsen tersebut dengan orang ramai, di sini korang akan dapat bilik peribadi. Bath tub di sini juga menggunakan design tub mandian tradisional Jepun, memang korang akan lupa yang korang sedang berada di Malaysia. 

Japanese onsen spa ini akan berlansung selama 45 minit dan korang boleh pilih daripada 3 jenis mineral untuk air mandian korang. 

Kirei (Kecantikan)
  • Sesuai untuk melicinkan kulit
  • Melembutkan dan memutihkan kulit
  • Membuatkan kulit anjal
Iyashi (Pemulihan)
  • Sesuai selepas kerja berat / workout
  • Melegakan ketegangan otot
  • Tingkatkan aliran darah
Zen (Ketenangan)
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Melegakan kepenatan
  • Menyegarkan minda

 

Kalau korang tak biasa dengan kolam air panas, kami suggest agar suhu onsen tersebut diletakkan pada 40ºc. Tapi kalau korang dah biasa dengan air panas, boleh tingkatkan suhu hingga 42ºc, iaitu suhu original untuk kebanyakan onsen di negara Jepun. Selepas itu, rendamkan diri, pejamkan mata korang dan enjoy mandian onsen yang menyegarkan ini. 

Kalau korang teringin nak merasai pengalaman 'authentic' mandian onsen di Jepun, bolehlah datang ke Urban Retreat Spa di Mont Kiara ni. Confirm korang tak akan menyesal. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai spa ini dan pakej-pakej lain yang disediakan, korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka di bawah. Have fun!

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: