Wow, KL Pun Dah Ada Panggung Wayang 'Drive-In'. Jom Ke MaTiC, Jalan Ampang!

August 06, 2020 - 12:36 PM


Kalau sebelum ini, Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang melancarkan panggung wayang pandu masuk menerusi Casuarina Sini-Drive di Ipoh -- kali ini yang terbaharu ada pawagam seumpamanya di ibu negara, Kuala Lumpur!

Bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang -- Panggung Wayang Pandu Masuk yang diberi nama Nescafe M-Junction telah mula beroperasi sejak 1 Ogos lalu.

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman seperti di luar negara dengan menonton wayang dari dalam kenderaan masing-masing, anda boleh memilih antara dua slot yang disediakan iaitu pada pukul 6 petang dan 9 malam.

Terdapat 2 jenis pakej yang disediakan iaitu :

1) STANDARD = RM99 bagi setiap kereta (maksimum 2 orang) + 2 hidangan lengkap

2) VIP = RM159 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk pakej VIP + 2 hidangan lengkap

Jika berminat, anda boleh menempah tiket wayang tersebut secara online di https://www.mjunction.my/.

Tetapi sebelum tu, jom kita tengok apa lagi keistimewaan jika anda menonton di Panggung Wayang Pandu Masuk Nescafe M-Junction ini?

1. TEMPAT TERHAD 

Bagi memastikan semua pelanggan mendapat pengalaman menonton maksimum, pihak pengurusan hanya memuatkan maksimum 50 kereta pada setiap sesi.

Jika anda memandu kenderaan besar seperti SUV, anda perlu meletakkan kereta di bahagian belakang supaya tidak menghalang pemandangan penonton yang datang dengan kereta sedan.

2. JANGAN BIMBANG KIPAS DISEDIAKAN

Menyedari bahawa Malaysia merupakan sebuah negara tropika dan mengalami cuaca panas, pihak pengurusan juga akan menyediakan 2 buah kipas tangan untuk digunakan ketika menonton.

Bukan tak boleh menghidupkan enjin, tetapi bunyi kenderaan mungkin akan mengganggu orang sekeliling selain dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Cara paling baik untuk menyelamatkan bumi!

Fakta dan angka berkaitan dengan pemanasan global juga ditayangkan sebelum filem bermula untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu itu.

3. PEMBESAR SUARA PUN ADA

Setiap kenderaan akan dibekalkan dengan sebuah pembesar suara yang boleh diletakkan di atas dashboard. Kesan bunyinya mungkin tidak sehebat menonton di panggung wayang tetapi ia masih memberi kepuasan.

4. PAPARAN SKRIN LED

Bagi mendapat pengalaman menonton sebenar, skrin LED, 4 meter X 9 meter digunakan namun lebih seronok sekiranya ia lebih besar.

5. VIEW KLCC

Penganjur memilih lokasi strategik kerana anda juga boleh menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur pada waktu malam. Dari Matic, anda boleh nampak KLCC dan Menara KL dengan jelas.

6. SOP TERBAIK

Bagi mengurangkan risiko penularan dan jangkitan Covid-19, pihak pengurusan hanya membenarkan 2 orang penonton bagi setiap kereta dan sebelum memasuki ruang parkir, suhu badan akan dibuat terlebih dahulu.

Untuk mengurangkan risiko kontak dan kesesakan laluan, pembayaran tanpa tunai melalui sistem dalam talian turut disediakan, di mana makanan dan minuman akan dihantar terus ke kereta penonton.

Sumber: Mstar

 

Destination: